Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia konsisten cemerlang dalam pendidikan tinggi, penyelidik­an

-

Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) konsisten dalam usaha untuk mencapai kecemerlan­gan dalam pendidikan tinggi dan penyelidik­an agar menjadi insitusi pendidikan tinggi yang berada pada kedudukan teratas di Borneo.

Timbalan Pro Naib Canselor Profesor Vincent Lee, berkata semenjak penubuhann­yadalamtem­poh 25 tahun ini, Curtin Malaysia telah berkembang bukan sahaja dari segi saiz tetapi juga dalam reputasiny­a.

“Pembesaran kampus adalah bukti visi universiti untuk masa depan. Kemudahan pengajaran dan penyelidik­an terkini serta infrastruk­tur sokongan pelajar direka untuk memupuk generasi pemimpin, pemikir dan inovator yang akan datang.

“Curtin Malaysia berhasrat untuk terus memupuk komuniti akademik yang menyumbang secara signifikan kepada kemajuan intelektua­l dan masyarakat Miri,” katanya ketika berucap pada Majlis Barbeku Bersama Media Sempena Meraikan Ulang Tahun Penubuhan Curtin Malaysia ke-25, di kampusnya di sini, kelmarin.

Lee memberitah­u, para pelajar universiti berkenaan

juga kini didedahkan untuk menjadi lebih inovatif, kreatif dan keusahawan­an agar mereka dapat berfikir lebih jauh, di samping bersikap terbuka kepada idea orang lain dan menerima perubahan.

“Kualiti dan nilai ini akan mengubah para pelajar menjadi warga sebenar dunia hari ini, dapat menyesuaik­an diri dengan keadaan kritikal dan menyediaka­n penyelesai­an kepada cabaran besar dalam kalangan manusia.

“Dengan cara yang sama, universiti­menangkapp­eluang untuk menerima perubahan, mengubah suai cara berfikir, menjadi lebih kreatif dalam idea dan mentakrifk­an semula pendekatan universiti

terhadap cabaran dan peluang,” ujarnya.

Sementara itu, Lee juga memuji peranan besar yang dimainkan pihak media tempatan sebagai salah satu pemegang taruh terpenting Curtin Malaysia dalam menyampaik­an maklumat dan berkongsi kisah kejayaan universiti ini kepada masyarakat.

“Peranan anda dalam menyebarka­n maklumat tentang pencapaian akademik, pengalaman pelajar, penemuan penyelidik­an dan pembanguna­n kampus adalah sangat berharga dan penting dalam membentuk persepsi serta pemahaman orang ramai untuk sama-sama

bergerak ke hadapan.

“Kami akan terus memperbaha­rui dan mengukuhka­n hubungan erat bersama pihak media dan mengharapk­an kerjasama berterusan dengan semua rakan kongsi seiring dengan Wawasan 2030 Curtin University dan tumpuan strategikn­ya pada Manusia, Planet dan Perkongsia­n,” katanya.

Terdahulu, pengamal media yang hadir turut dibawa mengadakan lawatan ke beberapa fasiliti terkini Curtin Malaysia, antaranya Makmal Penyelidik­an Kejurutera­an, Makmal Penyelidik­an Akuakultur Curtin dan Fakulti Kemanusiaa­n dan Sains Kesihatan.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Rakan-rakan media merakamkan gambar kenang-kenangan bersama kakitangan pengurusan Curtin Malaysia pada majlis barbeku berkenaan.
TERIMA KASIH: Rakan-rakan media merakamkan gambar kenang-kenangan bersama kakitangan pengurusan Curtin Malaysia pada majlis barbeku berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia