Utusan Borneo (Sarawak)

Projek jambatan konkrit bakal jana ekonomi Kampung Beleti

Projek dengan kos RM4.2 juta dijangka siap Januari 2025: Harden

- Oleh Kelvin Lambai Datuk Francis Harden Hollis Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak

SRI AMAN: Projek pembinaan jambatan konkrit menyeberan­gi Sungai Undop menuju ke Kampung Beleti, Sabu di sini bakal memberi nafas baharu kepada pembanguna­n di kawasan perkampung­an berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis menjelaska­n, projek pembinaan jambatan konkrit sepanjang 70 meter itu bermula pada 12 Januari lalu.

“Pemaju yang dilantik untuk melaksanak­an projek berkenaan telahpun dipilih di mana kerja-kerja pembersiha­n bermula pada 12 Januari

lalu,” ujarnya semasa berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Jambatan Sungai Undop di Kampung Beleti, Sabu baru-baru ini.

Menurutnya, perancanga­n projek tersebut telah dibuat pada 2018 sebelum mendapat kelulusan daripada Agensi Pembanguna­n Sri Aman (SADA) dengan kos RM4.2 juta.

Katanya lagi, apabila siap kelak jambatan itu akan memberi manfaat kepada penduduk

di kawasan Kampung Beleti khususnya Rumah Kedeney, sekali gus merancakka­n lagi aktiviti ekonomi mereka.

“Saya berharap semua penduduk dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi pelaksana supaya projek ini dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan pada 11 Januari 2025,” jelasnya lanjut.

Pada majlis itu, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Simanggang turut diberikan taklimat berkaitan projek tersebut yang disampaika­n oleh Timbalan Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman Kiew Siaw Hiong.

Turut hadir ialah Residen Bahagian Sri Aman Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, wakil Pegawai Daerah Sri Aman Sandin Ajah, Temenggung Kueh Aik Seng dan Tuai Rumah Maconi Ganda serta yang lain.

“Pemaju yang dilantik untuk melaksanak­an projek berkenaan telahpun dipilih di mana kerjakerja pembersiha­n bermula pada 12 ” Januari lalu.

 ?? ?? KEMUDAHAN UNTUK RAKYAT: Harden melakukan pecah tanah Projek Jambatan Sungai Undop di Kampung Beleti, Sabu baru-baru ini sambil diperhatik­an Abang Mohamad Porkan (dua kiri), Kueh (dua kanan) dan Maconi (empat kanan) serta yang lain.
KEMUDAHAN UNTUK RAKYAT: Harden melakukan pecah tanah Projek Jambatan Sungai Undop di Kampung Beleti, Sabu baru-baru ini sambil diperhatik­an Abang Mohamad Porkan (dua kiri), Kueh (dua kanan) dan Maconi (empat kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia