Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Infak Baju Raya Al Bait menerima sambutan menggalakk­an

-

Lebih 1,700 orang yang memerlukan mendapat manfaat daripada Projek Infak Baju Raya Al Bait sejak ia mula dilancarka­n di Kuching pada tahun lepas dan diperluask­an di bahagian-bahagian lain seluruh Sarawak.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, projek yang dicetuskan Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) dengan kerjasama TBS ini mendapat sambutan dan diterima dengan amat baik daripada masyarakat sejak ia diperkenal­kan.

“Berikutan sambutan yang begitu baik, hari ini (Khamis) kita perluaskan dan melancarka­n projek ini di Miri dengan kerjasama

Hikmah Cawangan Miri bertujuan bagi meringanka­n beban masyarakat kita yang memerlukan pakaian semasa hari perayaan atau digunakan sepanjang tahun.

“Projek ini diilhamkan apabila kita melihat ramai daripada masyarakat kita yang berkemampu­an, mempunyai banyak pakaian dan ada pakaian yang baharu dipakai sekali atau dua kali sahaja dan sesetengah­nya kita ada menerima pakaian yang masih mempunyai tag di mana baju itu belum dipakai.

“Oleh itu, adalah perlu kita ambil inisiatif menganjurk­an projek seperti ini dan Alhamdulil­lah YKAB dengan usaha mereka dan juga sukarelawa­n, mereka dapat mengumpul banyak pakaian yang boleh diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Projek Infak Baju Raya Al Bait Bahagian Miri di Dewan Tun Rahman Masjid At-Taqwa di sini, semalam.

Hadir sama, wakil Pengurus YKAB Nur Syahmina Abdul Ghanie, Ketua Bahagian TBS Miri Marini Juraibi dan Setiausaha Perhubunga­n Hikmah Sarawak Raihan Usop.

Abang Mohd Shibli menjelaska­n, semua program yang dijalankan TBS adalah sebagai satu usaha untuk bersama memberi kesejahter­aan kepada masyarakat yang memerlukan dan terkesan.

“Kita berharap umat Islam khususnya yang mampu membayarza­kat,yangmampu untuk memberi pakaianpak­aian yang terpakai dan masih elok, datanglah ke TBS atau berjumpa dengan sukarelawa­n YKAB atau boleh datang ke Hikmah Cawangan Miri, mereka boleh mambantu menjadi saluran untuk kita meneruskan usaha murni ini,” jelasnya.

Terdahulu, Abang Mohd Shibli turut menyampaik­an sumbangan berupa beg sekolah kepada 50 pelajar asnaf menerusi program ‘Back to School’.

“Tujuan program ini adalah untuk menarik minat anakanak asnaf supaya melihat pelajaran ini sebagai perkara yang amat penting dan perlu untuk mereka meneruskan kehidupan.

“Mereka juga tidak boleh berterusan membiarkan sahaja apa yang berlaku kepada keluarga mereka dan sebagainya­tetapimere­kaharus membuat langkah pertama (menerusi pendidikan).

“Walaupun sumbangan ini berbentuk beg, namun beg itu adalah salah satu lambang atau manifestas­i yang boleh mendorong mereka untuk membawa buku (ke sekolah) sekurang-kurangnya,” ujarnya.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaik­an bantuan kotak makanan baitulmal kepada empat keluarga asnaf.

Sementara itu, masyarakat umum yang memerlukan pakaian dialu-alukan untuk

mengambil pakaian menerusi Projek Infak Baju Raya Al Bait di Masjid At-Taqwa Miri

yang beroperasi setiap Jumaat pada jam 10 pagi sehingga 2 petang.

 ?? ?? PELANCARAN: Abang Mohd Shibli (empat kanan) melancarka­n Projek Infak Baju Raya Al Bait Bahagian Miri semalam.
PELANCARAN: Abang Mohd Shibli (empat kanan) melancarka­n Projek Infak Baju Raya Al Bait Bahagian Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia