Utusan Borneo (Sarawak)

10 sukan melibatkan 361 acara bakal dipertandi­ng pada Para SUKMA Ke-21

-

Sebanyak 10 sukan membabitka­n 361 acara akan dipertandi­ngkan pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang berlangsun­g di Sarawak pada 20 hingga 28 September ini.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, kesemua sukan yang dipertandi­ngkan itu dianjurkan di Kuching setelah mengambil kira kebaikan semua atlet.

Menurutnya, sukan yang dipertandi­ngkan ialah para olahraga, para renang, para badminton, para pingpong, para tenping boling, boccia, para lawn bowl, para powerlifti­ng, para memanah dan para catur.

“Jumlah keseluruha­n atlet yang mengambil bahagian dianggarka­n 1,400 atlet melibatkan 600 pegawai.

“Untuk Sarawak, kita menyasarka­n untuk menghantar 240 atlet dan 120 pegawai pada acara sukan terbabit,” ujarnya semasa sidang media selepas

menerima kunjungan hormat Kontinjen Para SUKMA Sabah di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur ll di sini, semalam.

Jelasnya, majlis pelancaran SUKMA dan Para SUKMA dicadangka­n akan diadakan pada 9 Mac di Hotel Pullman oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam pada itu, Razi memberitah­u atlet Para Sarawak kini sedang menjalani latihan, namun ia sentiasa dipantau dengan rapi.

“Kita ada beberapa bulan

untuk melatih dan mengenal pasti bakat-bakat untuk di senarai pendek atlet di mana senarai atlet itu perlu dihantar pada 31 Julai ini untuk semua acara,” ujarnya.

Ditanya mengenai sasaran pada temasya sukan itu, Razi menjelaska­n Sarawak perlu berusaha bersungguh­sungguh untuk mengejar kejuaraan pada Para SUKMA kali ini.

“Kita mempunyai peranan besar kerana Sarawak semua tahu telah memegang kejuaraan itu sebanyak 13 kali.

“Kali ini, kita kena berusaha betul-betul untuk menjadi juara dan kita menyasarka­n 84 emas pada temasya sukan ini,” tambah beliau.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutua­n) Sabah Apui Jan, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Lamat Nyalau dan tetamu lain.

Untuk rekod, Sabah mencipta sensasi setelah bergelar juara pada temasya para SUKMA Ke-20 pada 2022.

Ini sekali gus memusnahka­n dominasi Sarawak yang bergelar juara selama 13 temasya tersebut selepas Negeri di Bawah Bayu itu muncul juara pada kejohanan terbabit.

Sabah ketika itu berjaya membawa pulang 52 emas, 34 perak dan 31 gangsa meninggalk­an juara bertahan, Sarawak di tangga kedua dengan kutipan pingat dengan 47 emas, 45 perak serta 48 gangsa manakala tempat ketiga jadi milik Johor yang memenangi 36 pingat emas, 28 perak dan 23 gangsa.

 ?? ?? TANDA INGATAN: Razi (lima kanan) menyerahka­n cendera hati kepada Apui selepas kunjungan hormat tersebut.
TANDA INGATAN: Razi (lima kanan) menyerahka­n cendera hati kepada Apui selepas kunjungan hormat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia