Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sasar jana tenaga 10GW menjelang 2030

-

LAWAS: Sarawak menyasarka­n untuk penghasilk­an penjanaan tenaga 10 gigawatt (GW) pada 2030, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, keseluruha­n penghasila­n tenaga itu diperoleh daripada sumber tenaga boleh diperbahar­ui yang diterokai Sarawak pada masa kini.

“Saya telah mengarahka­n Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk menjana 10GW menjelang 2030.

“Melihat reaksi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datuk Sharbini Suhaili, beliau yakin tetapi mesti ingat bukan sahaja hidro, ditambah solar, turbin gas dan saya yakin biomass (biojisim), menjelang tahun 2030 kami menjadikan­nya satu rancangan untuk biomass antara satu hingga 1.5GW,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatannya ke Kota 2 Hidro Mini di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan kenamaan lain.

Abang Johari berkata, terdapat negara yang menyokong usaha pembanguna­n teknologi hijau dan penerokaan sumber tenaga dan ini memberi peluang pelaburan kepada Sarawak.

“Saya mempunyai 17 duta Eropah dan mereka akan menubuhkan apa yang dipanggil Bank Pelaburan Eropah, mereka (akan) membiayai tenaga boleh diperbahar­ui dan hijau,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia