Utusan Borneo (Sarawak)

Kewangan, insentif dan pelaburan penting ke arah SFM

Krisis iklim ki���� ket��r��, ��m��l���� SFM y������ lebih pi��t��r perlu b����i seles��ik���� pe����urus���� hut���� ber��s��sk���� semul�� j��di

- Oleh Jessica Jawing Yong Teng Koon Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Kayu Malaysia

KUCHING: Kewangan, insentif dan pelaburan yang besar amat penting dalam mencapai Pengurusan Hutan Lestari (SFM) bagi menguruska­n hutan tropika.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) Yong Teng Koon berkata, SFM amat penting bagi menyediaka­n penyelesai­an berasaskan alam semula jadi.

“Hutan tropika amat berharga dan penting untuk diuruskan secara mampan.

“Ia memberikan nilai ekonomi yang tinggi menerusi nilai tambah daripada perkhidmat­an ekosistem. Justeru, kita juga memerlukan dasar sokongan serta persekitar­an yang membolehka­n jaminan jangka panjang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutupan Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Mampan Hutan Tropika anjuran Persatuan

Kayu Kayan Sarawak (STA) yang dihadiri Pengerusi STA Dato Henry Lau di sini, semalam.

Menurut Yong, kini krisis iklim semakin ketara dan amalan SFM yang lebih pintar amat diperlukan bagi menyelesai­kan pengurusan hutan berasaskan semula jadi.

Selain itu, persatuan juga berharap lebih banyak rundingan bersama pelbagai pihak berkepenti­ngan atau kerjasama dalam mencapai perkongsia­n ke arah menjaga kelestaria­n alam semula jadi.

Sementara itu, persidanga­n yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin dan semalam merupakan anjuran STA sempena dengan sambutan Hari Hutan Antarabang­sa.

Persidanga­n itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan WWF-Malaysia serta disokong oleh Pertubuhan Kayu Tropika Antarabang­sa (ITTO).

Ia berfungsi sebagai platform untuk pakar, pengamal, penggubal dasar dan pihak berkepenti­ngan antarabang­sa

dan nasional untuk menerokai hubungan penting antara perhutanan dan pembanguna­n mampan ke arah mewujudkan strategi

komprehens­if yang menjadi kunci untuk memulihara daya hidup jangka panjang hutan tropika.

Acara dua hari itu mendapat

sambutan menggalakk­an daripada kira-kira 200 peserta yang mewakili pihak berkepenti­ngan pelbagai peringkat, menunjukka­n minat mereka dalam SFM dan memulihara hutan tropika.

Ia turut dihadiri pemimpin dalam industri perkayuan, badan kerajaan, dan organisasi pemulihara­an, termasuk Pengerusi STA Dato Henry Lau, Pengarah JHS Datu Hamden Mohammad dan Pengerusi WWF-Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar yang turut berucap pada persidanga­n itu.

Persidanga­n berusaha untuk memupuk perkongsia­n dalam kalangan pihak berkepenti­ngan dalam industri perhutanan dan perkayuan, bertujuan untuk menggalakk­an kerjasama untuk pemulihara­an hutan tropika melalui kemajuan pengurusan hutan yang mampan dan amalan perniagaan yang bertanggun­gjawab.

Menyedari saling kebergantu­ngan yang rumit dalam ekosistem hutan yang kompleks, anjakan paradigma dalam penggunaan sumber hutan dan pengurusan mampan yang berkesan memerlukan usaha kolektif.

I�� memberik���� ��il��i eko��omi y������ ti������i me��erusi ��il��i t��mb��h d��rip��d�� perkhidm��t���� ekosistem. Justeru, kit�� ju���� memerluk���� d��s��r soko�������� sert�� persekit��r���� y������ membolehk���� j��mi������ j������k�� p����j������.

 ?? — G��mb��r Chimo�� Upo�� ?? KELESTARIA­N: Yong berucap merasmikan penutupan Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Mampan Hutan Tropika di Kuching semalam.
— G��mb��r Chimo�� Upo�� KELESTARIA­N: Yong berucap merasmikan penutupan Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Mampan Hutan Tropika di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia