Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS mengalu-alukan kerajaan beri bantuan khas Aidilfitri

-

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) mengalu-alukan sekiranya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, sempena sambutan Aidilfitri, April nanti.

Presidenny­a Datuk Dr Adnan Mat berkata, bantuan berkenaan yang kelaziman diberikan setiap tahun, wajar diteruskan sebagai tanda penghargaa­n kepada semua penjawat awam, sekali gus meringanka­n beban mereka dalam membuat persiapan menyambut perayaan itu.

“Kita berterima kasih untuk pemberian Bayaran Insentif Awal RM2,000 untuk penjawat awam baru-baru ini, yang sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada anggota perkhidmat­an awam bagi membuat perbelanja­an awal sekolah, Ramadan dan mungkin sebahagian untuk raya.

“Namun, jika kerajaan rasa ada keperluan untuk sedikit tambahan dalam bentuk bantuan perayaan seperti mana lazim diberikan setiap tahun dan tidak pernah tidak beri, mungkin tradisi sama boleh dikekalkan, kita alu-alukan, tetapi CUEPACS tidaklah mendesak.

“Lazimnya kerajaan bagi RM500 untuk penjawat awam dan RM250 untuk pesara, kekalkan yang sama pun sesuatu yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpuna­n Penjawat Awam Negeri Sembilan bersama CUEPACS, dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.

Sementara itu, Adnan berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial, perlu mencadangk­an kepada kerajaan bentuk kebajikan yang sesuai untuk penjawat awam akan datang, dalam perbincang­an pada 25 Mac ini.

Beliau berkata ini termasuk cadangan supaya kerajaan meningkatk­an skim caruman KWSP untuk majikan dan pekerja pada kadar bersesuaia­n, atau tidak kurang 26 peratus daripada gaji asas penjawat awam baharu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia