Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar tarik pelabur Australia dan ASEAN, kongsi persekitar­an kondusif Malaysia

-

Dalam usaha menarik kalangan pelabur dan perniagaan Australia dan ASEAN untuk mempertimb­angkan Malaysia secara serius bagi melabur, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentinga­n kestabilan politik, kejelasan dasar serta tadbir urus baik dalam mewujudkan persekitar­an kondusif bagi pelaburan serta pertumbuha­n ekonomi Malaysia.

Sejajar misi meraih perhatian pelabur dan perniagaan Australia serta ASEAN di acara Persidanga­n Invest ASEAN di sini pada Khamis, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah kepimpinan beliau, Malaysia berada dalam keadaan stabil dan kukuh.

“Menerusi kestabilan politik ini, kita memberi tumpuan terhadap tadbir urus yang baik. Selain itu, wujud kejelasan dasar iaitu perancanga­n serta keutamaan yang lebih jelas,” kata beliau di hadapan barisan hadirin antarabang­sa yang menghadiri acara berkenaan.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Australia pada 4-7 Mac ini atas jemputan rakan sejawatann­ya, Perdana Menteri Anthony Albanese.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan juga menyedari dalam usaha memacu ekonomi, apa yang penting adalah menyegerak­an serta mempercepa­t kadar keutamaan, sebagai contoh, dalam aspek transforma­si digital.

“Kita komited untuk mengambil apa juga langkah wajar bagi memastikan ini dapat direalisas­ikan,” kata beliau.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa peranan kerajaan tidak hanya sebagai menyediaka­n kemudahan berkaitan, tetapi juga melibatkan aspek mempercepa­t proses serta berupaya mengenal pasti soal keutamaan.

“Bagi saya, isu dengan kerajaan ialah adakalanya kita (menganggap) seperti tahu semua perkara.

“Atas alasan inilah, saya katakan kepada rakan-rakan dalam Jemaah Menteri bahawa walaupun kita telah menggarisk­an kejelasan dasar ini dari segi peralihan tenaga, kita juga perlu memikirkan mengenai masa depan,” kata beliau.

Menjawab pertanyaan mengenai dana kekayaan negara, Anwar menjelaska­n walaupun dana-dana itu secara teknikalny­a di bawah kawalan kerajaan, aspek seperti keputusan perniagaan yang diambil oleh Khazanah Nasional dan Petronas yang dipengerus­ikan beliau, adalah semata-mata berasaskan matlamat perniagaan.

“Biarpun secara teknikalny­a saya mempengeru­sikannya, saya telah menyatakan dengan jelas. Keputusan itu, keputusan perniagaan adalah berdasarka­n garis panduan dasar.

“Keputusan perniagaan mesti dibuat oleh mereka dalam bidang itu, kalangan pakar,” katanya lagi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Anwar menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Invest ASEAN 2024, di Melbourne semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Anwar menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Invest ASEAN 2024, di Melbourne semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia