Utusan Borneo (Sarawak)

Ajaran ‘The Ahmadi’ bertentang­an dengan syariat Islam: Mohd Na’im

Semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakka­n masyarakat daripada terpengaru­h

-

PUTRAJAYA: Ajaran ‘The Ahmadi, Religion of Light and Peace’ adalah bertentang­an dengan syariat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sudah tentu pihak kami mahu kandungan seumpama ini diturunkan sebab tidak mahu generasi muda dan pengguna media sosial terpengaru­h dengan ajaran ini.

Mohd Na’im berkata pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakka­n masyarakat daripada terpengaru­h.

“Sebagai menteri agama, saya memandang serius terhadap ajaran ini. Saya arahkan semua agensi di bawah saya untuk memantau ajaran di media sosial.

“Sudah tentu pihak kami mahu kandungan seumpama ini diturunkan sebab tidak mahu generasi muda dan pengguna media sosial terpengaru­h dengan ajaran ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keluarga MADANI di sini semalam.

Beliau berkata langkah bagi menurunkan kandungan ajaran The Ahmadi di media sosial itu telah dibincangk­an dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kalau dibiarkan, ada yang cetek ilmu agama akan mudah kagum apabila individu yang bersiaran secara langsung di media sosial guna perkataan dalam bahasa Arab. Kita bimbang penon

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

ton menyanjung tinggi dan senang terpengaru­h.

“Sebab ada dalam kalangan masyarakat kita apabila dengar ada yang guna istilah bahasa Arab, mereka akan fikir ini ‘tok guru’. Ini yang kita tidak mahu tengok ia berlaku dalam masyarakat,” katanya.

Tular di media sosial mengenai akaun TikTok dipercayai milik bishop atau ketua ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace yang mempunyai lebih 30,000 pengikut dan mendapat sambutan apabila pemilik akaun itu menggunaka­n aplikasi TikTok live atau siaran langsung.

Ditanya keperluan menambah penempatan kader (pegawai hal ehwal agama Islam) di MCMC, Mohd Na’im berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk tujuan itu bagi memastikan matlamat utama iaitu membantera­s penyebaran ajaran sesat melalui media sosial tercapai.

Mengakui terdapat keperluan untuk menambah jumlah penempatan kader di MCMC, beliau berkata faktor perkembang­an teknologi ketika ini menuntut semua pihak untuk bergerak pantas menangani atau menyelesai­kan sebarang situasi termasuk menjaga kesucian agama Islam.

“Kalau dahulu ajaran seumpama ini disebarkan secara fizikal...mudah untuk pihak berkuasa jejak, tetapi sekarang melalui media sosial. Ini cabaran kita tetapi insya-Allah dengan kerjasama mantap dengan MCMC dan PDRM, saya yakin kita mampu untuk menjelaska­n kepada masyarakat tentang bahaya ajaran The Ahmadi ini,” katanya.

Pada 21 Julai lepas, Mohd Na’im dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menempatka­n seorang kader di MCMC, bagi membantu suruhanjay­a itu memantau sebarang bentuk hantaran berkaitan ajaran sesat di media sosial. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia