Utusan Borneo (Sarawak)

Real teruskan kemaraan ke suku akhir

Pemegang rekod 14 kali kejohanan itu seri 1-1 menentang Leipzig pada perlawanan pusingan kedua Liga Juara-Juara tetapi mara dengan kemenangan 2-1 secara agregat

- Nacho Fernandez Kapten Real Madrid — AFP

MADRID: Real Madrid melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas seri 1-1 dengan RB Leipzig pada perlawanan kedua pusingan kedua pada Rabu tetapi mara dengan kemenangan 2-1 secara agregat.

Pemegang rekod 14 kali kejohanan itu tidak beraksi di tahap terbaik tetapi sudah memadai untuk mengenepik­an lawan mereka dari Bundesliga Jerman dalam dua perlawanan.

Walaupun Leipzig mengawal permainan, Vinicius Junior membuka jaringan buat Real Madrid pada minit ke-65 selepas menerima umpanan tepat daripada Jude Bellingham.

Willi Orban mengikat kedudukan tidak lama selepas itu namun pasukan pelawat gagal mencari gol kedua untuk memaksa permainan berlarutan ke masa tambahan di Santiago Bernabeu.

“Ia bukan hari terbaik kami, tetapi kami harus berasa gembira kerana sasaran kami dicapai, iaitu untuk melangkah ke pusingan seterusnya,” kata kapten Real Madrid, Nacho Fernandez.

“Apabila semuanya tidak menjadi, anda harus bersaing, berusaha dan permainan seperti ini akan menjadikan anda lebih matang dan berkembang. Kami kemudian harus memikirkan tentang perlawanan seterusnya.”

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti, memberi amaran kepada pemainnya sebelum perlawanan di mana mereka perlu berada di tahap terbaik untuk terus mara dan menunjukka­n pasukannya bermain dengan berhati-hati apabila menurunkan empat pemain tengah di belakang Bellingham dan Vinicius.

Ancelotti memasukkan Aurelien Tchouameni, yang biasa bermain di posisi serangan, ke posisi tengah bertahan, selain menurunkan Eduardo Camavinga, Fede Valverde dan Toni Kroos, ketika dia cuba mempertaha­nkan kelebihan 1-0 dari perlawanan pertama.

Bagaimanap­un, pelan permainan Ancelotti merencatka­n corak permainan menyerang Madrid yang langsung tidak mencemaska­n Leipzig.

Kelab dari Jerman itu mempamerka­n aksi lebih baik dalam separuh masa pertama walaupun gagal mencipta peluang terbaik sebelum rehat.

Andriy Lunin menepis satu cubaan Xavi Simons sementara cubaan Lois Openda hanya menggegar luar jaring,

Ancelotti menukar formasi pemainnya dalam separuh masa kedua, memasukkan Rodrygo pada masa rehat untuk menggantik­an Camavinga.

Ia membuka lagi permainan dan Vinicius mula mempunyai lebih banyak pengaruh selepas kurang menyerlah dalam separuh masa pertama.

Penyerang antarabang­sa Brazil itu dilayangka­n kad kuning kerana merempuh Orban dari belakang dan kemudian menolak kapten

Leipzig itu.

Kekecewaan Vinicius bertukar senyuman apabila menerima umpanan cantik Bellingham sebelum merembat ke pintu gol.

Namun gol pendahulua­n itu bertahan hanya tiga minit apabila Orban mengikat kedudukan selepas menerima umpanan daripada David Raum.

Real tidak bernasib baik menambah jaringan apabila rembatan pemain gantiannya, Joselu berjaya diselamatk­an penjaga gol Leipzig sebelum cubaan Dani Olmo terkena palang sebelum Real berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

“Ia bukan hari terbaik kami, tetapi kami harus berasa gembira kerana sasaran kami dicapai, iaitu untuk ” melangkah ke pusingan seterusnya.

 ?? — Gambar AFP ?? MENDEBARKA­N: Tchouameni menanduk bola pada perlawanan Liga Juara-Juara pusingan kedua di antara Real Madrid dan RB Leipzig di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, kelmarin.
— Gambar AFP MENDEBARKA­N: Tchouameni menanduk bola pada perlawanan Liga Juara-Juara pusingan kedua di antara Real Madrid dan RB Leipzig di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia