Utusan Borneo (Sarawak)

Alcaraz fokus mempertaha­nkan kejuaraan

- — AFP

Pemain nombor dua dunia, Carlos Alcaraz berkata dia mengenepik­an kebimbanga­n kecederaan ketika memberikan fokus untuk mempertaha­nkan kejuaraann­ya di kejohanan Siri Master Indian Wells di sini.

Alcaraz, yang menewaskan Daniil Medvedev di final tahun lepas, mendedahka­n hasratnya pada tahun ini.

“Saya datang ke sini untuk mempertaha­nkan kejuaraan,” kata pemain berusia 20 tahun itu. “Ia sukar, saya tahu. Ada ramai pemain hebat di dunia, beberapa di antara mereka bermain dengan sangat bagus tahun ini.

“Ia pastinya sangat sukar tetapi saya berada di sini untuk mempertaha­nkan kejuaraan saya.”

Alcaraz belum memenangi sebarang kejuaraan sejak menewaskan Novak Djokovic untuk memenangi kejuaraan Wimbledon tahun

lepas.

Dia kemudian tewas dalam empat set kepada Alexander Zverev di peringkat suku akhir Terbuka Australia dan dalam kejohanan pertama selepas itu, dia tewas di peringkat separuh akhir di Buenos Aires bulan lepas.

Ia disusuli dengan kecederaan buku lali yang menyebabka­nnya menarik diri saat akhir sebelum perlawanan pusingan pertama di Rio de Janeiro.

“Mungkin ada orang memikirkan tentang (kecederaan) buku lali saya, melihat jika saya cergas sepenuhnya atau tidak,” katanya. “Tetapi saya berasa lebih baik.”

Alcaraz menguji tahap kecergasan buku lalinya di Las Vegas minggu lepas, di mana dia menewaskan idolanya, Rafael Nadal dalam satu perlawanan pertunjukk­an.

“Saya di sini untuk mempertaha­nkan kejuaraan dan tidak memikirkan tentang perkara lain,” kata Alcaraz, yang menewaskan Medvedev di final tahun lepas untuk kembali ke ranking nombor satu dunia.

Sejak itu, Djokovic sudah merampas kembali ranking nombor satu dan jaguh dari Serbia itu juga kembali ke Indian Wells buat kali pertama sejak 2019.

Kejohanan ini dibatalkan pada 2020 dan Djokovic tidak dapat bermain pada 2021 hingga 2023 kerana peraturan ketat larangan ke atas pemain yang tidak divaksin untuk COVID-19.

Djokovic akan memburu rekod kejuaraan keenam di sini. Dengan kemenangan pada 2008, 2011, 2014, 2015 dan 2016, dia berkongsi rekod kejuaraan paling banyak bersama-sama Roger Federer.

 ?? ?? ALCARAZ
ALCARAZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia