Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan Olimpik Paris: Swiatek berikar untuk lakukan sebaik mungkin

-

Iga Swiatek pada Rabu berikar untuk melakukan sebaik mungkin menjelang Sukan Olimpik Paris, dengan pemain wanita nombor satu dunia itu enggan mengubah jadual padat dalam Jelajah WTA menjelang ke Sukan Olimpik.

Swiatek, yang muncul juara di Doha bulan lepas sebelum tersingkir di peringkat separuh akhir kejohanan di Dubai, berkata dia masih mahu bermain “semua kejohanan” dalam usaha untuk bersedia untuk Sukan Olimpik yang akan bermula pada 26 Julai.

“Ada suara dalam pasukan saya yang memberitah­u saya untuk bermain dengan bijak dan menarik diri dari beberapa kejohanan, hanya memberi fokus kepada kejohanan penting dan mungkin tidak tergesa-gesa memburu mata ranking,” kata pemain pilihan pertama kejohanan pada hari pertama kejohanan Siri Master Indian Wells.

“Saya ada memikirkan semua itu tetapi saya masih mahu bermain semua kejohanan pada peringkat ini,” kata pemain berusia 22 tahun dari Poland itu. “Ia pastinya sukar untuk saya membuat keputusan tidak menyertai kejohanan dan mengambil masa untuk berehat dan mengembali­kan tenaga.

“Saya mungkin melakukann­ya di kemudian hari tetapi buat masa ini, saya mahu bersedia untuk Sukan

Olimpik dan kejohanan penting yang lain.”

Swiatek mengakui di Dubai di mana dia “hilang tenaga dan letih” ketika tewas di peringkat separuh akhir kepada pemain ranking ke40 dunia, Anna Kalinskaya, kekalahan yang menamatkan rentak tujuh kemenangan berturut-turut.

Tetapi dia menegaskan dia tidak berasa bahawa dia perlu mengurangk­an jadual kejohanan yang disertainy­a.

“Saya fikir saya boleh bermain banyak kejohanan,” kata Swiatek. “Saya tidak mahu terlepas sebarang peluang.

“Mungkin apabila saya lebih bijak dengan pengalaman, tetapi saya benar-benar suka semua kejohanan ini, terutama sekali di permukaan tanah liat. Saya tidak berasa selesa terlepas kejohanan ketika ini.”

Sebagai pilihan pertama kejohanan, Swiatek menerima laluan percuma ke pusingan kedua dan akan hanya memulakan kejohanan menentang pemenang perlawanan pusingan pertama di antara Erika Andreeva dan Danielle Collims.

Swiatek, yang merupakan juara di sini pada 2022, menewaskan Collins di pusingan kedua Terbuka Australia sebelum dikejutkan oleh pemain bukan pilihan Linda Noskova dari Republik Czech di pusingan ketiga.

 ?? ?? SWIATEK
SWIATEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia