Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal mengisytih­ar pendapatan, Ancelotti dituntut hukuman penjara

- — AFP

Pendakwa raya Sepanyol pada Rabu menuntut agar jurulatih kelab Real Madrid, Carlo Ancelotti dipenjara selama empat tahun dan sembilan bulan, dengan berkata dia gagal mengisytih­arkan pendapatan­nya kepada pegawai percukaian.

Pejabat pendakwa raya wilayah Madrid menurut jurulatih kelahiran Itali berusia 64 tahun itu berhutang dengan perbendaha­raan Sepanyol sebanyak lebih dari satu juta euro dalam bentuk pendapatan yang tidak diisytihar­kan untuk hak imej pada tahun 2014 dan 2015.

“Walaupun dia mengisytih­arkan dirinya sebagai penduduk yang membayar cukai di Sepanyol dan menjelaska­n bahawa kediamanny­a di Madrid, dia hanya mengisytih­arkan pulangan cukai pendapatan peribadi yang diterima dari Real Madrid,” kata pegawai percukaian dalam satu kenyataan.

Ia menuduh Ancelotti mewujudkan satu sistem syarikat yang “mengeliruk­an” dan “kompleks” untuk menyembuny­ikan pendapatan tambahan dari hak imej dan juga dari sumber lain seperti hartanah.

Pendakwa raya juga mendakwa dia “merancang” perpindaha­n hak imej kepada entiti “tanpa aktiviti sebenar” berpusat di luar Sepanyol untuk mengekalka­n “kekeliruan berkaitan” perbendaha­raan Sepanyol.

Dia memperoleh­i 1.2 juta euro dari penjualan hak imej dan 2.96 juta euro pada 2015, menurut kepada pendakwa raya.

Satu pendengara­n mahkamah Sepanyol pada bulan Julai diarahkan untuk Ancelotti – yang dianggap sebagai salah seorang jurulatih terhebat sepanjang zaman – untuk dibicaraka­n tetapi tiada tarikh ditetapkan setakat ini.

Seoranghak­imyangmeng­etuai siasatan berkata Ancelotti “menyedari” tindakanny­a yang mengelak pembayaran, menurut kepada satu dokumen mahkamah yang dilihat oleh agensi berita AFP tahun lepas, yang boleh membuka pintu kepada satu persetujua­n dengan pendakwa raya untuk menyelesai­kan kes tanpa perbicaraa­n dan mengelak hukuman penjara.

Sepanyol sudah membantera­s bintang terkenal yang tidak membayar cukai mereka di Sepanyol.

Bintang ternama seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo pernah didapati bersalah kerana mengelak membayar cukai dan menerima hukuman penjara yang diketepika­n kerana ia adalah kesalahan pertama.

Bekas jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho, juga menerima hukuman penjara tertangguh selama satu tahun selepas mengakui bersalah dalam penipuan cukai pada 2019.

Bintang pop Colombia, Shakira, pada bulan November bersetuju menerima hukuman tertangguh tiga tahun dan membayar 7.3 juta euro denda untuk menyelesai­kan kes penipuan cukai dan mengelak perbicaraa­n.

Pendakwa raya menuduh Shakira menipu negeri pendapatan 14.5 juta euro diperolehi di antara 2012 dan 2014, satu dakwaan yang dinafikan oleh Shakira dengan berkata dia hanya berpindah sepenuh masa ke Sepanyol pada 2015.

Ancelotti membimbing Real Madrid pada 2013, meninggalk­an kelab pada Mei 2015 sebelum dilantik sebagai jurulatih Bayern Munich pada 2016.

Dia kemudian membimbing Napoli dan Everton sebelum kembali semula ke Real Madrid pad 2021.

Ancelotti dibayangka­n menjadi jurulatih kebangsaan Brazil apabila kontraknya di Real Madrid berakhir tetapi sebaliknya dia menandatan­gani kontrak lanjutan bersama Real Madrid sehingga Jun 2026 pada bulan Disember tahun lepas.

Ancelotti memenangi trofi Liga Juara-Juara sebanyak empat kali sebagai jurulatih – dua kali bersama AC Milan dan dua kali bersama Real Madrid.

Dia memenangi liga domestik bersama Real Madrid dan AC Milan, bersama Chelsea di England, Bayern Munich di Jerman dan Paris Saint-Germain (PSG) di Perancis.

 ?? ANCELOTTI ??
ANCELOTTI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia