Utusan Borneo (Sarawak)

Man City teruskan momentum positif

Melangkah selesa ke peringkat suku akhir dalam Liga Juara-Juara menerusi kemenangan 3-1 menentang Copenhagen

- Pep Guardiola Pengurus Manchester City

MANCHESTER: Manchester City melangkah selesa ke peringkat suku akhir yang ketujuh berturut-turut dalam Liga JuaraJuara ketika skuad ‘baharu’ masih terlalu kuat untuk FC Copenhagen dan menang 3-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua untuk kemenangan agregat 6-2.

Gol oleh Manuel Akanji dan Julian Alvarez menamatkan saingan dalam tempoh 10 minit sebelum Erling Haaland menjaringk­an gol peribadi ke-29 musim ini untuk melengkapk­an jaringan.

MohamedEly­ounoussime­njaringkan gol sagu hati kedua buat juara Liga Denmark itu tetapi Copenhagen ternyata gagal memberikan saingan kepada juara bertahan dalam kedua-dua perlawanan.

City masih terlibat dalam saingan tiga kejuaraan termasuk Liga Juara-Juara, selain saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan Liverpool dan Arsenal dan akan menentang Newcastle United pada perlawanan suku akhir Piala Liga Inggeris.

Pengurus City, Pep Guardiola, menunjukka­n bahawa dia memberikan perhatian

penting untuk perlawanan menentang pendahulu liga, Liverpool Ahad ini apabila melakukan tujuh pertukaran dari skuad yang menewaskan

Manchester United dalam liga hujung minggu lepas.

“Apa yang penting ialah melangkah ke peringkat suku akhir buat kali ketujuh

berturut-turut, ia agak mengagumka­n,” kata Guardiola.

“Kami dihormati oleh lawan kami. Angka itu adalah bukti konsistens­i kami.

“Saya masih ingat apabila saya tiba di kelab, kami tidak percaya, kelab tidak percaya kami boleh melakukann­ya kerana kami tidak mempunyai kedudukan di Eropah seperti pasukan dari Sepanyol atau Jerman. Ia adalah persoalan tentang masa, satu proses.

“Masalah ialah pengurus dalam bola sepak moden tidak mempunyai masa. Mereka menghilang­kan masa kami, jadi pujian kepada kelab kerana menerima proses ini. Sekarang kami adalah sebuah pasukan yang percaya kami boleh melakukann­ya.”

Kevin De Bruyne, Phil Foden dan Bernardo Silva adalah mereka yang memanaskan bangku simpanan selama 90 minit untuk memberikan rehat secukupnya menjelang pertemuan menentang Liverpool.

Tetapi City masih terlalu kuat dan dibantu dengan beberapa pertahanan rapuh Copenhagen untuk meneruskan langkah ke suku akhir.

Akanji menyempurn­akan satu tendangan sudut Alvarez tetapi dia sebenarnya diberikan terlalu banyak ruang oleh pertahanan lawan.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Copenhagen apabila penjaga golnya, Kamil Grabara gagal menangkap kemas rembatan Alvarez.

Kira-kira 2,500 penyokong Copenhagen yang berada di Stadium Etihad bagaimanap­un enggan hilang semangat dan mereka ada bergembira sedikit apabila Elyounouss­i merapatkan kedudukan selepas berganding­an cantik dengan Orri Oskarsson.

Haaland dikawal ketat sehingga dia melepasi kawalan pada minit akhir sebelum rehat.

Penyerang antarabang­sa Norway itu menerima umpanan daripada Rodri sebelum merembat ke pintu gol.

Gol itu membolehka­n Haaland menjaringk­an keseluruha­n 41 gol dalam Liga Juara-Juara, menyamai pencapaian penjaring terbanyak City di Eropah, Sergio Aguero, tetapi hanya dalam 37 penampilan bersama tiga kelab berbeza.

Gol itu juga satu rekod buat City ketika menjadi pasukan pertama menjaringk­an tiga gol atau lebih dalam sembilan perlawanan Eropah berturuttu­rut di tempat sendiri.

City mengurangk­an asakan dalam separuh masa kedua dan hampir bolos jika tidak kerana ketangkasa­n penjaga golnya, Ederson, yang menafikan cubaan Magnus Mattson.

City sudah menang 18 dan seri dua kali dari 20 perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an.

Apa yang penting ialah melangkah ke peringkat suku akhir buat kali ketujuh berturut-turut, ia agak mengagumka­n.

 ?? — Gambar AFP ?? PEMBUKA TIRAI: Akanji (tengah) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Juara-Juara pusingan kedua di antara Manchester City dan Copenhagen di Stadium Etihad, di Manchester, England, kelmarin.
— Gambar AFP PEMBUKA TIRAI: Akanji (tengah) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Juara-Juara pusingan kedua di antara Manchester City dan Copenhagen di Stadium Etihad, di Manchester, England, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia