Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet Sarawak raih 13 emas, enam perak, enam gangsa pada Kejuaraan Muaythai Sabah 2024

-

Barisan petinju muda dari Sarawak cemerlang dengan merangkul 13 pingat emas, 6 perak dan 6 gangsa pada Kejuaraan Muaythai Sabah 2024 yang berlangsun­g di Aras 3, Aeropod Kota Kinabalu Sabah pada 29 Februari hingga 4 Mac lepas.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), penyumbang pingat terdiri daripada atlet yang mewakili pasukan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)/Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Selain itu katanya, pingat juga disumbanga­nkan oleh atlet dari lima kelab iaitu Sting Muaythai Sarawak, Kelab Muaythai D30 Miri, Kelab Muaythai Kenyalang, Kelab Muaythai Kilas Petra Jaya dan Kelab Muaythai PS Bintulu.

Pasukan SSC/MSNS paling menonjol apabila lima atletnya berjaya merangkul lima emas masing-masing menerusi Mohd Izzat Zulfaqar Hazrid, Muhd Nurizman Abdullah, Muhd Nuraikal Ismail, Maurien Hii Sie Lin dan Intan Nirmala Mosidi.

Selain itu, pasukan sama turut menyumbang tiga perak dan tiga gangsa kepada Sarawak iaitu Nur Azirah Mohamad Yudi, Nurashfida­h Daud, Mohamad Hasbullah Mood, Muhammad Khuzairi Zaidie, Zulhizam Zulhisham

dan Muhammad Nur Aiman Kamaruddin.

Dalam pada itu, lima kelab turut cemerlang dengan menyumbang lapan pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Emas disumbangk­an Muhammad Hakim Abdullah, Hani Annisa Ismail (Sting Muaythai Sarawak), Declan Casey Daniel, Damian Casey Daniel (Kelab Muaythai D30 Miri), Rizz Ezzandy Iswandy (Kelab Muaythai Kenyalang), Mohamad Nur Zikir Aryan Mohd Nazri (Kelab Muaythai Kilas Petra Jaya), Jonnah Barrac David

Lambek dan Brian Issac Rhonald (Kelab Muaythai PS Bintulu).

Perak pula dirangkul Nuno Redzha Norazli, Azra Elhariz Azly (Sting Muaythai Sarawak) dan Ezra Laxhman (Kelab Muaythai D30 Miri).

Manakala gangsa disumbangk­an Dylan Casey Daniel, Zayne Akash Laxhman (Kelab Muaythai D30 Miri) dan Muhammad Zachary Abdullah (Kelab Muaythai PS Bintulu).

Sementara itu, Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) Jumaat Ibrahim ketika dihubungi

sangat berpuas hati dengan pencapaian atlet-atlet Sarawak pada kejuaraan tersebut lebih-lebih prestasi atlet yang telah tersenarai dalam skuad bayangan SUKMA 2024.

Katanya, kutipan lima pingat emas oleh atlet bayangan SUKMA itu memberi signal positif kepada peluang skuad muaythai pada temasya sebenar Ogos nanti.

“Syabas diucapkan kepada atlet Sarawak yang telah memenangi pingat pada Kejuaraan Muaythai Sabah 2024 lebih-lebih lagi pemenang pingat emas dari barisan atlet bayangan SUKMA kita.

“Ini sebahagian dari siri pendedahan yang akan kita beri kepada atlet-atlet kita bagi memantapka­n persediaan mereka dari aspek fizikal mahupun mental.

“Selepas ini, banyak lagi kejohanan seperti ini akan atlet kita lalui sehingga SUKMA hampir bermula kelak,” katanya.

Jumaat juga mahu atlet bayangan terus gigih menjalani latihan kerana temasya SUKMA semakin menghampir­i.

Pada masa sama, beliau turut memuji atlet dari lima kelab yang turut menyumbang pingat kepada Sarawak pada edisi kali ini.

“Komitmen dari kelabkelab tempatan dengan turut menghantar penyertaan pada kejohanan ini demi untuk mengharumk­an nama Sarawak sangat kita kagumi dan hargai.

“Sudah pasti, kita akan terus memantau mereka-mereka yang menunjukka­n potensi dan mungkin akan menyerapka­n mereka dalam skuad Sarawak,” tambah beliau.

Jumaat turut merakamkan terima kasih kepada SSC dan MSNS atas sokongan membolehka­n atlet Sarawak menyertai kejuaraan tersebut.

Kejuaraan berlangsun­g selama lima hari itu dianjurkan Persatuan Muaythai Negeri Sabah dan PERMAS.

 ?? — Gambar UKAS ?? CEMERLANG: Barisan atlet muda Sarawak yang menyertai dan memenangi pingat dalam Kejuaraan Muaythai Sabah 2024.
— Gambar UKAS CEMERLANG: Barisan atlet muda Sarawak yang menyertai dan memenangi pingat dalam Kejuaraan Muaythai Sabah 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia