Utusan Borneo (Sarawak)

MATTA Fair Sarawak mampu tingkatkan industri pelanconga­n Sarawak: Snowdan

-

Pameran Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia Cawangan Sarawak (MATTA Fair Sarawak) menawarkan banyak promosi dan pakej pelanconga­n yang mampu meningkatk­an industri pelanconga­n Sarawak.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak Datuk Snowdan Lawan, pakej-pakej pelanconga­n domestik dan antarabang­sa yang ditawarkan juga peluang untuk menjalinka­n hubungan merentasi sempadan.

“Ini adalah peluang untuk merapatkan jurang dan menjalinka­n hubungan merentasi sempadan serta mempromosi­kan pelanconga­n yang menarik di Sarawak.

“MATTA Sarawak komited untuk menjayakan acara ini selaras dengan peranannya sebagai pemangkin untuk mengemudi momentum pertumbuha­n dalam industri perhotelan dan pelanconga­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian MATTA Fair Sarawak 2024 Ke-19 di The Hills di sini, semalam. Acara tersebut bermula semalam hingga Ahad.

Sementara itu, Pengerusi MATTA Cawangan Sarawak Mr Oscar Choo memberitah­u pihaknya sentiasa mengetenga­hkan usaha membawa kembali pameran pelanconga­n selepas melakar kejayaan bagi tahun lepas yang melepasi rekod jualan RM6 juta dalam dua hari.

Choo menambah pameran itu mempamerka­n pelbagai destinasi, termasuk pantai, bandar, gunung dan festival kebudayaan.

“Pameran itu menampilka­n 71 reruai yang terdiri daripada 26 agensi pelanconga­n, syarikat penerbanga­n dan pengendali pelanconga­n.

“Pada tahun ini, pameran itu menyasarka­n seramai 13,000 pengunjung dengan sasaran jualan melebihi RM7 juta dalam tempoh tiga hari ini.

“Untuk menyemarak­kan pameran itu, Kumpulan Penerbanga­n Malaysia (MAG) Malaysia Airlines, Firefly dan MASWings sebagai syarikat penerbanga­n rasmi, akan memberikan tiket penerbanga­n yang menarik di bawah peraduan pembeli.

 ?? Kong Jun Liung — Gambar ?? TERIMA KASIH: Oscar (tiga kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Snowdan pada perasmian MATTA Fair Sarawak 2024 di The Hills, Kuching semalam.
Kong Jun Liung — Gambar TERIMA KASIH: Oscar (tiga kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Snowdan pada perasmian MATTA Fair Sarawak 2024 di The Hills, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia