Utusan Borneo (Sarawak)

SAR tragedi bot karam diteruskan

- Oleh Michael Ubam

Dua anggota polis merupakan antara empat mangsa yang dilaporkan masih hilang dalam tragedi bot karam di Batang Baleh berhampira­n Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu yang mengesahka­n perkara itu berkata, mereka ialah Sarjan Jonathan Lambet, 51, dari cawangan Kebajikan dan Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim, 28, dari cawangan Persenjata­an di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit.

Katanya, dua lagi warga tempatan yang turut dilaporkan hilang ialah Emerson John James Naim, 47, dan pemandu bot, Jack Balan, 44, manakala Moses Ngu, 47, berjaya diselamatk­an oleh orang awam.

Menurutnya, ketika kejadian kedua-dua anggota polis itu dalam tugasan mengeskot bahan letupan milik sebuah syarikat dari Kuching ke sebuah kem di Nanga Tulie.

“Dalam kejadian sekitar jam 5 petang Khamis, dua anggota polis bersama tiga penumpang terbabit bergerak menaiki bot fiber 30hp (kuasa kuda) dari jeti di SK Lepong Baleh menuju kem di Nanga Tulie untuk menghantar bahan letupan berkenaan.

“Semasa tiba di tempat kejadian, bot yang dinaiki mereka sedang membelok ke kiri sedikit menuju ke hulu sungai dan telah merempuh air yang berpusar menyebabka­n bot dinaiki terbalik dan karam ke dalam sungai,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Rohana berkata, seorang mangsa iaitu Moses berjaya diselamatk­an oleh orang awam, manakala empat lagi

Dua anggota polis disahkan antara empat mangsa yang dilaporkan masih hilang.

mangsa hilang dihanyutka­n arus deras.

“Seorang saksi iaitu pengawal keselamata­n sekolah berkenaan telah melihat kejadian bot karam itu sebelum memaklumka­n kepada Balai Polis Kapit,” jelasnya.

Rohana menambah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama yang diaktifkan pada jam 6 petang kelmarin, namun terpaksa ditangguhk­an sekitar jam 6.30 petang dan disambung semula pagi semalam.

Sehingga berita ini ditulis semalam, operasi SAR giat dijalankan oleh pasukan polis bersama pihak Jabatan

Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Residen, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan ahli keluarga mangsa.

 ?? ?? DIGERAKKAN: Anggota pelbagai agensi menghadiri taklimat di Jeti Kubu, Kapit semalam sebelum meneruskan operasi SAR empat mangsa yang dilaporkan masih hilang dalam insiden bot karam di Batang Baleh, kelmarin.
PENCARIAN DITERUSKAN: Anggota JBPM menaiki bot untuk meneruskan operasi SAR dalam insiden bot karam tersebut.
DIGERAKKAN: Anggota pelbagai agensi menghadiri taklimat di Jeti Kubu, Kapit semalam sebelum meneruskan operasi SAR empat mangsa yang dilaporkan masih hilang dalam insiden bot karam di Batang Baleh, kelmarin. PENCARIAN DITERUSKAN: Anggota JBPM menaiki bot untuk meneruskan operasi SAR dalam insiden bot karam tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia