Utusan Borneo (Sarawak)

17 pintu rumah panjang Kampung Long Kerangan Ulu Baram ranap

-

Sebanyak 17 pintu musnah dalam kebakaran rumah panjang Kampung Long Kerangan, Ulu Baram pada malam Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Maureen Sim berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira sembilan jam ke lokasi yang melibatkan jarak perjalanan 219 kilometer.

“Setelah mendapat maklumat melalui WhatsApp berhubung kejadian itu, sepasukan tiga anggota BBP Marudi dengan menggunaka­n sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) telah bergerak ke lokasi kira-kira jam 7.23 pagi dan bomba tiba di lokasi sekitar jam 3.35 petang.

“Setibanya di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan 17 pintu rumah panjang struktur tidak kekal yang terbakar sepenuhnya dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.45 malam Rabu.

“Tindakan operasi pemadaman tidak dilakukan kerana kebakaran telah padam sepenuhnya semasa ketibaan pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sim memberitah­u pasukannya kemudian mengambil maklumat mangsa kejadian dan mendapati kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa namun melibatkta­n kemusnahan harta benda.

“Pasukan BBP Marudi membantu Bahagian Penyiasata­n

Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri terdiri daripada dua pegawai yang turut hadir bagi menjalanka­n siasatan di tempat kejadian.

“Setelah selesai melakukan tugas, pasukan bomba kemudianny­a bertolak balik ke balai kira-kira jam 5 petang.

“Operasi ini disifatkan agak mencabar kerana ia berlaku jauh dari balai dan pasukan bomba menggunaka­n jalan balak untuk ke lokasi,” ujarnya.

Tambah Sim, tiada liputan telekomuni­kasi di tempat kejadian juga menjadi satu cabaran buat pasukan bomba untuk maklumat mengenai kejadian tersebut disampaika­n dengan segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia