Utusan Borneo (Sarawak)

KPDN Sarawak periksa 14,035 premis di bawah Ops Kesan bermula 1 Mac

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sarawak telah menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas sebanyak 14,035 premis dibawah Ops Kesan 2024 yang bermula 1 Mac yang lepas.

Sepanjang tenpoh sehingga 8 Mac 2024, KPDN Sarawak juga telah mengeluark­an 25 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 melibatkan 75 kategori yang telah ditetapkan menerusi Ops Kesan 2024.

Ops tersebut bertujuan menangani isu kos sara hidup rakyat khususnya semasa situasi tertentu atau situasi yang dijangka akan memberi kesan terhadap peningkata­n kadar cukai perkhidmat­an daripada 6 peratus kepada 8 peratus.

KPDN Negeri Sarawak menerusi satu kenyataan hari

ini berkata Ops Kesan 2024 akan digerakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan AntiPencat­utan (AKHAP) 2011.

Fokus pemantauan dan penguatkua­saan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mendapat

peluang mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak sesuai dengan undangunda­ng pencatutan.

Skop penguatkua­saan adalah meliputi sektor-sektor yang terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmat­an dan keseluruha­n rantaian perkhidmat­an yang berkaitan.

Selain itu pemantauan dan pemeriksaa­n termasuk kepada sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmat­an seperti makanan dan minuman.

Peniaga yang didapati mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan undang-undang pencatutan akan diambil tindakan tegas di bawah AKHAP 2011. KPDN mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat dan bukti berkaitan sebarang tindakan kenaikan harga tidak berwajaran yang dikenalipa­sti.

Aduan awam boleh dibuat kepada KPDN melalui platform WhatsApp 019-848 8000 / 019-279 4317, Portal Aduan; e-aduan.kpdn. gov.my, Pusat Panggilan 1-800-886-80, dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

 ?? ?? PERIKSA: Pegawai penguat kuasa KPDN Negeri Sarawak menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas pelbagai premis di bawah Ops Kesan 2024.
PERIKSA: Pegawai penguat kuasa KPDN Negeri Sarawak menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas pelbagai premis di bawah Ops Kesan 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia