Utusan Borneo (Sarawak)

SAR tragedi bot karam diteruskan

- Dari Muka 1

Dalam perkembang­an berkaitan, Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi melahirkan rasa sedih dan terkesan apabila menerima berita insiden bot karam itu.

Sehingga kini katanya, beliau difahamkan, empat mangsa termasuk dua anggota polis masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Saya berharap keluarga mangsa yang terlibat dapat bersabar dengan dugaan ini, dan sama-samalah kita berdoa supaya semua mereka dapat ditemui dengan segera dalam keadaan yang selamat.

“Saya telah menghubung­i Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu bagi mendapatka­n maklumat terkini mengenai perkembang­an insiden itu.

“Saya juga mengarahka­n kakitangan dan pegawai di pejabat Ahli Parlimen Kapit mengikuti perkembang­an kejadian dan operasi SAR dengan rapat dan memberi bantuan sewajarnya kepada mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya itu menasihatk­an semua pihak yang menggunaka­n pengangkut­an air terutama mereka yang tidak pandai berenang, supaya sentiasa berhati-hati dan menitikber­atkan aspek keselamata­n termasuk sentiasa memakai jaket keselamata­n.

Pihak pengendali pengangkut­an air juga tegasnya, perlu mengambil tanggungja­wab dengan serius dalam memastikan semua penumpang serta kru mematuhi langkah keselamata­n yang sewajarnya.

“Marilah kita sama-sama berusaha meningkatk­an taraf perkhidmat­an dan tahap keselamata­n perkhidmat­an pengangkut­an air di Sarawak termasuk di Kapit demi kebaikan dan kesejahter­aan semua pihak,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia