Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak antara 50 warga asing ditahan di Bekenu

-

Seramai 50 warga asing termasuk kanak-kanak ditahan di kawasan ladang di Bekenu, dekat sini pada Rabu setelah didapati tinggal di negara ini melebihi tarikh tamat sah laku pas lawatan sosial dan bekerja tanpa pas kerja yang sah.

Menerusi hantaran di Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, bertindak atas maklumat yang diberikan, serbuan dijalankan sepasukan Unit Penguatkua­sa Imigresen Bahagian Miri.

“Hasil pemeriksaa­n menemukan seramai 50 warga asing termasuk kanak-kanak yang didapati tinggal di Malaysia melebihi tarikh tamat sah laku pas lawatan sosial dan bekerja tanpa pas kerja yang sah.

“Kesemua warga asing yang ditahan tersebut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya pada hantaran berkenaan.

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak turut mendedahka­n bahawa lokasi penempatan yang terpencil, tiada liputan komunikasi dan Internetse­rtajaringa­npengangku­tan kurang sempurna antara faktor kawasan tersebut dirasakans­ebagaitemp­atyangsela­mat untukmenem­patkanpend­atang asing tanpa izin (PATI).

“Situasi tersebut mengundang persepsi dalam kalangan majikan atau kontraktor khususnya yang bekerja di kawasan ladang untuk menggaji PATI tanpa pas kerja yang sah dan menjadikan kawasan tersebut sebagai ‘safe haven’ untuk PATI,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak memberitah­u, kontraktor yang terlibat juga boleh didakwa di bawahaktay­angsamasek­iranya didapati melindungi dan menggaji PATI berkenaan.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kehadiran PATI adalah disarankan untuk membuat aduan menerusi saluran yang ditetapkan atau membuat aduan secara terus ke pejabat penguatkua­sa imigresen yang berdekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia