Utusan Borneo (Sarawak)

Kemalangan motosikal, dua lelaki maut

Insiden awal pagi meragut nyawa dua remaja dipercayai menuju ke pusat bandar raya

- Oleh Jeremy Lanson

Kedua-dua mangsa tercampak di bahu kiri jalan raya dan hasil pemeriksaa­n oleh pegawai perubatan telah mengesahka­n mereka telah meninggal dunia.

KUCHING: Dua remaja lelaki disahkan meninggal dunia dalam kemalangan kendiri di Jalan Sungai Tapang berhampira­n Markas Tenterat Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Ramos Lampard Lanyau,14, dan Alvin Manuel Atai, 13, masing-masing beralamatk­an di Kampung Sungai Tapang, Jalan Lapangan Terbang, di sini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa semasa kejadian menaiki sebuah motosikal dan dikatakan bergerak dari arah Kampung Sungai Tapang

Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad Ketua Polis Daerah Padawan

menuju ke arah pusat bandar raya sekitar jam 5 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal

yang ditunggang­i mangsa (Ramos) dan dibonceng Alvin telah hilang kawalan semasa menuruni bukit lalu menyebabka­n mereka terbabas dan melanggar tiang telefon di bahu jalan raya tersebut.

“Kedua-dua mangsa tercampak di bahu kiri jalan raya dan hasil pemeriksaa­n oleh pegawai perubatan telah mengesahka­n mereka telah meninggal dunia,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya keadaan cuaca semasa kejadan adalah hujan, jalan raya basah dan kawasan kejadian adalah berselekoh semasa menuruni bukit.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk tindakan selanjutny­a.

Siasatan lajut masih djalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ?? ?? ROSAK:Keadaan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa selepas kemalangan tersebut.
ROSAK:Keadaan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa selepas kemalangan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia