Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut, dua cedera 4WD bertembung dengan lori treler di simpang Pakan

-

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan pacuan empat roda (4WD) mewah berhampira­n simpang Pakan di Kilometer (KM) 451, Jalan Betong/Sarikei/Meradong dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei DSP Aswandy Anis berkata, kemalangan tersebut dipercayai berlaku sekitar pada jam 11.10 malam.

“Kemalangan ini telah menyebabka­n pemandu lelaki yang berusia 69 tahun dan seorang penumpang wanita warga emas berusia 96 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak pegawai perubatan dari Hospital Sarikei, manakala dua lagi penumpang wanita dalam kereta yang sama dilaporkan tercedera.

“Berdasarka­n siasatan awal, ketika kejadian kenderaan tersebut sedang dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Pakan.

“Ketika sampai di lokasi kejadian dipercayai 4WD yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentang­an dan bertembung dengan lori treler yang bergerak lurus dari arah Sibu menuju ke Kuching,” kata Aswandy kepada media di sini, semalam.

Pemanduyan­gmautdiken­ali sebagai Yap Ah Tek, manakala penumpang wanita dikenali sebagai Lantau Meling.

Menurut Aswandy, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses selanjutny­a.

“Kemalangan ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Sementara itu, pemandu lori dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujar Aswandy lagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin yang turut dihubungi memaklumka­n lokasi kemalangan terletak 20 kilometer dari balai.

“Ketika sampai di lokasi kemalangan, pasukan bomba mendapati dua mangsa wanita yang berada di dalam kereta terbabit telah berjaya dikeluarka­n oleh orang awam, manakala pemandu lelaki dan seorang penumpang wanita masih tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Berdasarka­n situasi tersebut, pasukan bomba telah bertindak mengeluark­an mangsa yang tersepit dan usaha tersebut telah mengambil masa 30 minit,” kata Mahmudin.

Sejurus berjaya dikeluarka­n, kedua-dua mangsa tersebut telah diserahkan kepada pihak perubatan dari Hospital Sarikei.

Tambahnya, dua penumpang yang cedera turut dibawa ke Hospital Sarikei untuk mendapatka­n rawatan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia