Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki cuba curi tabung masjid dipenjara dua tahun

-

Padah cuba mencuri tabung masjid di Taman Satria Jaya BDC di sini, seorang pemuda berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret semalam.

Jeremy Gangam Junjet dari Kampung Apar Singai, mengaku bersalah di hadapan

Penolong Kanan Pendaftar Heng Yi Min sebaik didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun.

Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Mac 2024, sekitar jam 4 pagi di sebuah masjid di Taman Satria Jaya BDC, di sini.

Fakta kes mendedahka­n seorang ahli jawatankua­sa masjid (pengadu) bersama rakan sedang bertugas mengawal keselamata­n di sekitar masjid sebelum mereka ternampak tertuduh memasuki bangunan itu.

Tertuduh seterusnya dilihat cuba mengumpil kunci mangga pada tabung masjid.

Susulan itu, pengadu dengan serta-merta menahan tertuduh dan merampas peralatan yang digunakan oleh tertuduh itu iaitu seunit pemutar skru dan seunit playar.

Pengadu kemudian menyerahka­n tertuduh kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Hasil siasatan mendapati perbuatan tertuduh yang cuba mencuri tabung masjid dengan cara mengumpil mangga kunci telah dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Malah, perbuatan tertuduh turut disaksikan oleh pengadu dan seorang saksi mata lain yang juga jemaah di masjid tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia