Utusan Borneo (Sarawak)

Limbang, Lawas berpotensi sebagai satu lagi pusat hab halal di Sarawak

-

Daerah Limbang dan Lawas berpotensi untuk dijadikan satu lagi pusat hab halal di Sarawak selepas Tanjung Manis.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Awang Tengah Ali Hasan berkata, daerah Lawas dan Limbang mempunyai banyak produk hasil tempatan sejajar usaha kerajaan untuk membangunk­an sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pertanian, penternaka­n, perdaganga­n dan perniagaan.

Katanya, industri halal boleh diwujudkan di bahagian utara negeri ini susulan potensi daerah Limbang dan Lawas yang dibangunka­n sebagai pusat penghasila­n produk makanan.

“Kita mempunyai banyak produk dan harus dipatuhi dengan keperluan halal termasuk pensijilan daripada pihak berkuasa yang ada, seperti di Malaysia yang mempunyai pengiktira­fan peringkat antarabang­sa.

“Halal ini bukan saja dituntut oleh ajaran agama kita tetapi juga menekankan kepada kepatuhan kepada kebersihan dan menjamin dari segi keselamata­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian

ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Zon Halal Anjung Sari dan Medan Selera SEDC Daerah Lawas di Medan Selera Anjung Sari di sini, semalam.

Turut hadir ialah isteri Awang Tengah Datuk Dayang Morliah Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak Datuk Misnu Taha dan Pegawai Daerah

Lawas Ladin Atok.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata, Limbang dan Lawas akan dijadikan sebagai pusat pengeluara­n utama kerbau, taman pertanian di beberapa kawasan, membangunk­an kawasan jelapang padi di kawasan tanah tinggi dan

rendah di bahagian ini.

Tambahnya, penduduk setempat perlu memanfaatk­an segala kemudahan yang disediakan kerajan untuk mengembang­kan produk tempatan.

Mereka juga tegasnya lagi, perlu memanfaatk­an aplikasi teknologi digital untuk meluaskan pasaran,meningkatk­an kemahiran pemasaran dan pembungkus­an hasil produk yang dikeluarka­n.

 ?? ?? DIYAKINI: Awang Tengah (tengah), Misnu dan tetamu lain bergambar bersama penerima sijil halal di daerah Lawas semalam.
DIYAKINI: Awang Tengah (tengah), Misnu dan tetamu lain bergambar bersama penerima sijil halal di daerah Lawas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia