Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama swasta amat penting demi kejayaan Sarawak: Dr Sim

Fokus kepada ekonomi digital, tenaga hijau dan boleh diperbahar­ui

- Oleh Agnes Tugong Datuk Amar Dr Sim Kui Hian Timbalan Premier

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menggesa semua sektor swasta untuk terlibat sama dalam usaha kerajaan Sarawak membangunk­an negeri ini.

Menurut Dr Sim, kerjasama swasta sangat penting untuk memastikan kejayaan Sarawak di bawah Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg beralih kepada ekonomi digital, tenaga hijau dan boleh diperbahar­ui.

“Kita sangat bertuah di Sarawak ada universiti seperti Swinburne yang menyediaka­n banyak peluang pendidikan kepada rakyat.

“Pada 2026, Swinburne serta universiti-universiti Sarawak yang lain akan memainkan peranan lebih penting bagi pembinaan bangsa Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak dan BioTective Sdn Bhd di universiti tersebut di sini, semalam.

Pada majlis itu, Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut melancarka­n Program Pemerkasaa­n AI dan Digital Swinburne.

Mengulas mengenai keduadua program itu, Dr Sim berkata ia sangat penting kerana dibangunka­n oleh bakatbakat Sarawak sendiri.

Dari aspek AI (kecerdasan buatan) pula katanya, teknologi terbabit berkembang dengan pantas dan ia sangat penting dalam kehidupan harian manusia.

“Kita mesti menerima pakai AI kerana jika tidak kita akan ketinggala­n,” katanya.

Dalam pada itu, MoA antara Swinburne dan BioTective adalah untuk menjalanka­n kerja-kerja penyelidik­an dan

pembanguna­n di Pusat Sumber Penyakit Generasi Akan Datang (NXDRC).

Pertukaran dokumen dibuat antara Timbalan Pro Canselor (Penyelidik­an) Swinburne Profesor Dr Ida Fatimawati Adi Badiozaman dan Ketua Pegawai Eksekutif BioTective, Peter Ting Yiik Pung disaksikan Dr Sim.

Manakala Program Pemerkasaa­n AI dan Digital Swinburne pula adalah program inovatif yang bertujuan melengkapi syarikat dan industri dengan pengetahua­n dan peralatan yang diperlukan untuk memanfaatk­an kuasa AI dan penyelesai­an digital.

“Pada 2026, Swinburne serta universiti-universiti Sarawak yang lain akan memainkan peranan lebih penting bagi pembinaan bangsa Sarawak.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERMETERAI: Dr Sim (tiga kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen MoA antara Ida (dua kiri) dan Peter.
— Gambar Chimon Upon TERMETERAI: Dr Sim (tiga kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen MoA antara Ida (dua kiri) dan Peter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia