Utusan Borneo (Sarawak)

Raikan bulan Ramadan dengan bufet Juh Sungkei di BCCK, 10 Mac-7 April

-

Juh Sungkei di BCCK kembali lagi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sempena bulan Ramadan ini bermula 10 Mac hingga 7 April dari jam 6 petang hingga 10 malam.

Pelbagai hidangan lazat bakal ditampilka­n pada Juh Sungkei di BCCK kali ini dari sajian tempatan Malaysia hinggalah antarabang­sa.

Bufet Ramadan di BCCK telah menjadi tradisi bagi ramai orang, terkenal dengan komitmenny­a untuk menyediaka­n pengalaman menjamu selera yang luar biasa pada bulan yang penuh barakah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BCCK Eric Van Piggelen melahirkan rasa terujanya tentang kepulangan bufet Ramadan.

“Kami berbesar hati untuk sekali lagi mengalu-alukan tetamu kami untuk menyambut bulan suci Ramadan bersama kami.

“Pasukan kami sangat teruja untuk mengatur pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan, mencermink­an nilai-nilai bulan yang penuh barakah ini.

“Selain itu, kami berbangga untuk mengumumka­n komitmen kami terhadap amalan yang mampan dan bertanggun­gjawab melalui inisiatif pengurusan sisa makanan yang inovatif semasa makan malam bufet Ramadan kami,” katanya.

Sisa organik yang dijana semasa bufet makan malam Ramadan di BCCK akan dikumpul secara berasingan dan dihantar untuk pengkompos­an.

Sebagai sebahagian daripada komitmen BCCK terhadap tanggungja­wab sosial, BCCK menyediaka­n baucar tunai untuk kegunaan kanakkanak dari Rumah KanakKanak Toh Puan Hajah Norkiah berbuka puasa.

Tahun ini pilihan menu daripada pembuka selera tempatan hinggalah pencuci mulut seperti obor-obor umai Sarawak, roti canai dengan kari dhal dan kari ikan biasa, BBQ Mongolia dengan sayursayur­an dicincang, fajitas kambing dengan capsicum, bawang dan tomato salsa, mi sapi, Nyonya asam tilapia dan banyak lagi.

Pengunjung juga akan dihidangka­n dengan pizza Margherita buatan BCCK sendiri, dim sum kukus Hong

Kong, spaghetti aglio olio dan pelbagai jenis pencuci mulut manis.

Baucar bufet berharga dari RM50 untuk tempahan dalam talian di www.bcck. org.my/ manakala ‘walk-in’ berharga RM120 untuk dewasa dan RM60 setiap kanak-kanak (lima hingga 12 tahun).

Pelanggan korporat mempunyai pilihan untuk membeli baucar bertarikh terbuka dan tetap.

Baucar bertarikh terbuka berharga RM110 (dewasa) dan RM90 (kanak-kanak lima hingga 12 tahun), manakala baucar bertarikh tetap berharga RM90 (dewasa) dan RM50 (kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun).

 ?? ?? PASTI MERIAH: Juh Sungkei di BCCK kembali pada bulan Ramadan ini dari 10 Mac hingga 7 April 2024.
PASTI MERIAH: Juh Sungkei di BCCK kembali pada bulan Ramadan ini dari 10 Mac hingga 7 April 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia