Utusan Borneo (Sarawak)

Kos pemba��kan kuarters IP�� M��r�� cecah RM517,800

-

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) telah menyalurka­n peruntukan berjumlah RM517,800 untuk melaksanak­an kerja-kerja pembaikan kuarters di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada tahun lalu.

Ia melibatkan kerja-kerja pembaikan am dan pendawaian elektrik berjumlah RM500,000, kerja-kerjakerja pembaikan kuarters RM9,800 dan kerja-kerja membuang pokok di atas bumbung bangunan flat kediaman IPD Miri RM8,000.

Sejumlah RM20,000 telah digunakan untuk kerja-kerja pembaikan kuarters pada tahun 2022.

Selain itu, sejumlah RM200,000 telah diperuntuk­kan bagi kerja-kerja ubah suai ruang untuk dijadikan Child Interview Centre (CIC) di Kompleks IPD Miri pada tahun lalu.

Perkara itu dijelaskan KDN menjawab soalan Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man tentang kelulusan untuk permohonan projek menaik taraf bangunan-bangunan di IPD Miri dan Balai Polis Pusat Miri yang telah usang di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Kuarters IPD Miri telah diduduki sejak tahun 1976 dan jumlah unit rumah adalah sebanyak 226 unit.

KDN telah menyalurka­n peruntukan Belanja Pembanguna­n kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperbaik­i dan menyelengg­ara bangunan pejabat dan kuarters polis di seluruh negara.

Sementara itu, sejumlah RM200,000 diperuntuk­kan di bawah bajet Belanja Pembanguna­n untuk melaksanak­an kerja pembaikan Balai Polis Pusat Miri pada tahun lalu.

Sejumlah RM20,000 diperuntuk­kan di bawah bajet Belanja Mengurus untuk kerja-kerja pembaikan pada 2022.

Kerja-kerja menaik taraf adalah untuk memastikan Balai Polis Pusat Miri dapat berfungsi menjaga keselamata­n, ketenteram­an awam dan menyampaik­an perkhidmat­an kepada penduduk bandar raya Miri dengan optima.

KDN dan PDRM akan meneliti dan mengkaji dari masa ke semasa berhubung keperluan untuk menaik taraf bangunan-bangunan di IPD MIri dan Balai Polis Pusat Miri di bawah Pelan Pusingan Rancangan Malaysia yang akan datang.

Setiap permohonan projek baharu akan dinilai mengikut keutamaan dan kedudukan semasa kewangan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia