Utusan Borneo (Sarawak)

L��n�� m��nta pen��a��a patuh�� undan��-undan��, mohon lesen

-

Pengerusi Jawatankua­sa Pasar dan Penjaja Kecil Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Kaunselor Simon Ling menyeru peniaga supaya mematuhi undangunda­ng perniagaan dengan menekankan perlunya permohonan lesen untuk menjamin perniagaan mereka.

Ling berkata, kewajipan memohon lesen adalah aspek yang tidak boleh diabaikan oleh peniaga bagi membolehka­n mereka beroperasi dengan sah dan bertanggun­gjawab.

Katanya, lesen perniagaan bukan hanya merupakan tanda pengiktira­fan undangunda­ng, tetapi juga penting untuk menjaga kepentinga­n pengusaha dan pelanggan.

Beliau turut menekankan bahawa pihak berkuasa tempatan akan memberi sokongan kepada peniaga yang mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

“Sebagai sebahagian daripada

usaha untuk meningkatk­an standard perniagaan di Pasar Sentral, peniaga digalakkan untuk segera menguruska­n permohonan lesen mereka dan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa.

“Pematuhan terhadap peraturan ini bukan hanya untuk kebaikan mereka sendiri, tetapi juga untuk memastikan kestabilan dan kesejahter­aan

Pasar Sentral sebagai pusat perniagaan utama di Sibu.

“Dengan adanya lesen perniagaan yang sah, Pasar Sentral akan terus menjadi tempat yang teratur, bersih, dan menyenangk­an untuk pelanggan serta membantu dalam pembanguna­n ekonomi setempat,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu beliau ditanya mengenai video tular yang memaparkan anggota penguat kuasa MPS telah merampas barang jualan peniaga pada pagi kelmarin.

Ling berkata, kekecohan itu timbul susulan tindakan penguatkua­saan terhadap peniaga haram.

Ling berkata, pihak berkuasa telah memberi amaran kepada mereka supaya memohon lesen bagi membolehka­n mereka berniaga secara sah di Pasar Sentral sejak tahun 2021.

Malangnya, arahan tersebut tidak diendahkan dan terus berniaga secara haram.

“Semalam (Khamis), pasukan penguat kuasa melancarka­n operasi terhadap peniaga haram di Pasar Sentral.

“Tindakan seumpama itu sebenarnya tidak perlu, jika mereka bersedia memohon permit atau lesen perniagaan.

“MPS juga sentiasa berusaha menyediaka­n ruang dan peluang yang mencukupi bagi mereka yang ingin berniaga secara sah,” jelas Ling.

Beliau turut menegaskan tindakan penguatkua­saan adalah untuk menjaga kepentinga­n peniaga yang sah dan memastikan persekitar­an perniagaan yang adil dan berintegri­ti di Pasar Sentral.

Katanya, walaupun kekecohan tersebut menimbulka­n ketidaksel­esaan, langkah-langkah penguatkua­saan ini diharap dapat membawa kepada peningkata­n kualiti perniagaan dan keamanan di Pasar Sentral.

 ?? ?? LING
LING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia