Utusan Borneo (Sarawak)

Bersama mer��ahkan KIKF 2024 h��n����a 11 Mac ��n��

-

Sebanyak 31 negara serta tiga negeri dari Malaysia telah menyertai Festival Layang-Layang Antarabang­sa Kabong (KIKF) 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir berkata, dianggarka­n sekitar 90 pelayang berentap mempersemb­ahkan penciptaan kreatif layang-layang pada KIKF ini.

“Pada tahun ini, kita menyasarka­n seramai 20,000 orang akan berkunjung ke tapak pesta ini nanti yang telah bermula pada 5 Mac hingga 11 Mac.

“Tahun ini kita menyasarka­n pertambaha­n pengunjung seramai 5,000 orang daripada tahun lepas dan kita yakin kita mampu mencapai sasaran tersebut.

“Dalam penganjura­n kali ini juga, sebanyak 300 gerai jualan telah dibuka dan berjaya ditempah oleh peniaga dari sekitar kawasan ini dan luar,” kata Mohd Chee.

Beliau berkata demikian pada upacara pembukaan KIKF Edisi Ke-4 di Pantai Tanjung Kembang pada Selasa lalu.

Menurut Mohd Chee, upacara kemuncak pesta adalah pada Ahad ini iaitu Majlis Penangguha­n KIKF yang dijangka disempurna­kan oleh Premier Sarawak.

“Upacara perasmian ini akan berlangsun­g di Dewan Terbuka Pantai Tanjung Kembang Kabong pada jam 10 pagi.

“Sehubungan itu, kita menyeru masyarakat di sekitar kawasan ini dan juga luar agar datang beramai-ramai sepanjang KIKF ini diadakan kerana pelbagai aktiviti dan program yang menarik telah disediakan kepada para pengunjung.

“Selain itu, pentas hiburan yang menampilka­n persembaha­n kebudayaan dan nyanyian akan turut memeriahka­n tapak pesta ini,” kata Mohd Chee.

Beliau berharap penduduk tempatan di kawasan ini dapat merebut peluang melalui aktiviti ini untuk meningkatk­an taraf hidup masyarakat dan sosioekono­mi serta menunjukka­n teladan yang terbaik kepada pengunjung yang datang ke festival ini.

 ?? ?? MENDAPAT SAMBUTAN: Mohd Chee merakam gambar bersama sebahagian peserta tempatan dan antarabang­sa yang mengambil bahagian dalam KIKF 2024.
MENDAPAT SAMBUTAN: Mohd Chee merakam gambar bersama sebahagian peserta tempatan dan antarabang­sa yang mengambil bahagian dalam KIKF 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia