Utusan Borneo (Sarawak)

Inventori GHG antara tiga fungsi baharu NREB Sarawak

Fun��s�� baharu ��tu se��r��n�� hala tuju kerajaan Sarawak ke arah ekonom�� h��jau dan a��enda s��far bers��h menjelan�� 2050

- Oleh Hamkar Sarbinee Jack Liam Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak

KUCHING: Menjalanka­n inventori gas rumah hijau (GHG) merupakan salah satu daripada tiga fungsi baharu Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak bagi memastikan agenda sifar bersih Sarawak menjelang 2050 tercapai.

Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak Jack Liam berkata, fungsi baharu itu seiring dengan hala tuju kerajaan Sarawak ke arah ekonomi hijau.

“Melalui Rang UndangUnda­ng (RUU) Alam Sekitar GHG 2023, NREB dipertangg­ungjawabka­n untuk menjalanka­n inventori GHG dengan mendaftark­an industri berasaskan tenaga serta minyak gas.

“Selain itu, mendaftark­an juruaudit luar, menerima laporan pelepasan GHG daripada pihak industri dan mengenakan levi kepada pihak industri yang melepaskan GHG melebihi daripada kadar yang ditetapkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penghargaa­n Media NREB Sarawak di Hotel Sheraton di sini, malam kelmarin.

Jack menjelaska­n, NREB juga akan memantau pelaksanaa­n penguranga­n pelepasan GHG berdasarka­n kepada pelan yang dikemukaka­n.

Menurutnya, fungsi kedua NREB adalah berkaitan penangkapa­n, penggunaan dan penyimpana­n karbon (CCUS).

“NREB akan terlibat bagi memastikan karbon yang dibawa masuk ke perairan Sarawak adalah bersesuaia­n selain mempunyai perjanjian dengan pemegang lesen atau agensi berkaitan di Sarawak serta diangkut menggunaka­n pengangkut­an yang berlesen daripada agensi berwajib,” jelasnya.

Pada masa sama, NREB turut mengambil alih fungsi pengurusan alam sekitar dari Jabatan Alam Sekitar melalui

Melalu�� Ran�� Undan��-Undan�� (RUU) Alam Sek��tar GHG 2023, NREB d��pertan����un��jawabkan untuk menjalanka­n ��nventor�� GHG den��an mendaftark­an ��ndustr�� berasaskan tena��a serta m��nyak ��as.

penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam aspek persekitar­an yang akan dijalankan secara berfasa.

Katanya, fasa pertama fungsi itu melibatkan pengambila­lihan pengurusan buangan terjadual yang dijangka akan diambil alih pada 1 Januari 2025.

“Pada masa ini, NREB mengadakan persiapan bagi lima aspek utama iaitu perundanga­n, pembanguna­n sistem, sumber manusia, operasi dan infrastruk­tur,” jelasnya lagi.

Sementara itu, seramai lebih 50 pengamal media hadir menyerikan majlis tersebut yang bertujuan menghargai peranan media yang membantu agensi terbabit mengetenga­hkan programpro­gram yang dianjurkan oleh pihaknya dalam usaha membantu kerajaan membangunk­an negeri ini.

Turut hadir Presiden Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Ronnie Teo.

 ?? ?? ERAT KERJASAMA: Jack merakamkan kenangan bersama para pengamal media pada Majlis Penghargaa­n Media NREB Sarawak di Kuching, malam kelmarin.
ERAT KERJASAMA: Jack merakamkan kenangan bersama para pengamal media pada Majlis Penghargaa­n Media NREB Sarawak di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia