Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 botol minyak masak untuk pengundi wanita di Bukit Assek

-

Sebanyak 1,000 botol 2 kilogram (kg) minyak masak akan diagihkan kepada pengundi wanita di kawasan Bukit Assek di sini bermula semalam hingga hari ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng.

Menurutnya, sebanyak 500 botol diagihkan semalam manakala bakinya akan diedarkan hari ini pada program bersama Pusat Khidmat Bukit Assek dan Bahagian Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bukit Assek sempena Hari Wanita Antarabang­sa.

“Hadiah kasih sayang daripada Pusat Khidmat Bukit Assek dan SUPP Bahagian Wanita Bukit Assek ini adalah untuk mengiktira­f pencapaian wanita di semua peringkat sempena Hari Wanita Antarabang­sa (diraikan semalam).

“Sama ada guru, suri rumah, penjaja, penyapu jalan dan sebagainya, mereka menyumbang dengan cara

tersendiri kepada masyarakat.

“Jadi, hari ini bukan sahaja hari perayaan, ia juga sebagai cara kita menghargai pencapaian wanita.

“Ia juga merupakan hari untuk kita memperkasa­kan suara wanita serta hari untuk memperbaha­rui komitmen kita terhadap ekuiti jantina,” katanya pada sidang media di sini semalam sebelum menyerahka­n minyak masak botol kepada penerima.

Beliau memaklumka­n penerima hari ini kebanyakan­nya adalah suri rumah.

“Kami mengagihka­nnya selama dua hari kerana hari ini (semalam) adalah hari bekerja.

“Esok (hari ini), ia berkemungk­inan gabungan kumpulan kerja dan suri rumah,” jelasnya.

Chieng berkata, format tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya bagi melibatkan lebih ramai penyertaan wanita.

“Kamipernah­mengadakan jamuan makan malam, tetapi selepas berbincang dengan Bahagian Wanita kami memutuskan bahawa kami ingin meraikan lebih ramai pengundi wanita di DUN Bukit Assek.

“Kami juga bertanya kepada Bahagian Wanita apa yang mereka lebih suka dan mereka menyebut minyak masak terutamany­a dengan harga barangan yang semakin tinggi hari ini,” kata Chieng.

Beliau menjelaska­n, golongan wanita yang merupakan pengundi Bukit Assek layak menerima ‘hadiah cinta’ itu tidak kira sama ada mereka sudah berkahwin atau masih bujang.

Turut hadir Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek Dato Chieng Buong Toon dan Ketua Bahagian Wanita SUPP Cawangan Bukit Assek Kapitan Sii Leh Hung.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Chieng (tengah) mengagihka­n minyak masak kepada salah seorang penerima di Sibu, semalam.
PENGHARGAA­N: Chieng (tengah) mengagihka­n minyak masak kepada salah seorang penerima di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia