Utusan Borneo (Sarawak)

MATTA Fair Sarawak medium capai sasaran 4 juta pelancong

Manfaatkan pameran agar pelancong pilih Sarawak, kata Snowdan

- Oleh Hamkar Sarbinee Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

KUCHING: Pameran Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia Cawangan Sarawak (MATTA Fair Sarawak) merupakan salah satu medium untuk mencapai sasaran empat juta pelancong ke Sarawak tahun ini.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan berkata, pameran itu perlu dimanfaatk­an agar pelancong memilih Sarawak sebagai destinasi pilihan.

Menurutnya, lebih-lebih lagi Sarawak mempunyai kekuatan tersendiri yang berfokus kepada kebudayaan, pengembara­an, alam semula jadi, makanan dan festival (CANFF).

“Oleh sebab itu, peluang meningkatk­an jumlah pelawat itu terserlah dengan kreativiti terhadap sektor

“Dari situ kita boleh melihat sektor penerbanga­n memainkan peranan penting menerusi hubungan dengan dunia luar, sekali gus dapat mempromosi­kan Sarawak.

Datuk Snowdan Lawan

penerbanga­n langsung ke Sarawak, selain kemudahan penginapan yang selesa.

“Dari situ kita boleh melihat sektor penerbanga­n memainkan peranan penting menerusi hubungan dengan dunia luar, sekali gus dapat mempromosi­kan Sarawak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurn­akan perasmian MATTA Fair Sarawak di The

Hills di sini, semalam.

Snowdan berkata, pelbagai cadangan melaksanak­an projek berimpak tinggi turut dihantar dengan pihak Kementeria­n Ekonomi dalam usaha meningkatk­an sektor pelanconga­n di Sarawak.

“Pada semalam (Khamis), satu cadangan telah dibawa oleh Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk membangun kawasan Damai yang akan menjadi salah satu ‘bandar peranginan baharu’ di negeri ini,” ujarnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Snowdan menasihati orang ramai agar memilih ejen pelanconga­n yang boleh dipercayai.

“Pilih ejen pelanconga­n yang berdaftar dan semak terlebih dahulu latar belakang ejen itu bagi mengelak masalah penipuan berlaku.

“Kebiasaann­ya ejen yang menipu itu mereka akan menyediaka­n harga yang terlalu murah selain menggunaka­n kad kredit yang pada akhirnya berlaku penipuan,” tegasnya.

 ?? ?? SNOWDAN
SNOWDAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia