Utusan Borneo (Sarawak)

Everrise lancar Festival Gaya Raya dan Kad Ahli Emas di Everrise Batu 4, hari ini

-

Everrise sangat teruja untuk mengumumka­n pelancaran Festival Everrise Gaya Raya, destinasi beli-belah luar biasa yang disesuaika­n untuk meningkatk­an persiapan Ramadan.

Dengan pelbagai promosi menarik dan tawaran eksklusif, Everrise menyasarka­n untuk menjadikan musim Ramadan ini benar-benar diingati oleh semua pembeli.

Acara menarik ini akan berlangsun­g pada 11 pagi hari ini (9 Mac) di Everrise Batu 4 di sini dengan kehadiran Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, memulakan sambutan.

Semasa pelancaran, Everrise dengan bangganya akan memperkena­lkan Kad Ahli Emasnya untuk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas diberikan akses eksklusif kepada pelbagai faedah dan diskaun.

Sebagai ahli Kad Emas, warga emas boleh menikmati diskaun tiga peratus setiap hari (diskaun maksimum RM6), menjadikan pengalaman membeli-belah mereka bukan sahaja mudah, tetapi juga lebih berpatutan.

Selain itu, setiap hari Selasa, ahli Kad Emas akan menerima baucar diskaun RM5 yang boleh ditebus dengan pembelian RM50 untuk sayursayur­an, buah-buahan dan

daging.

Ahli Kad Emas juga boleh menikmati harga istimewa untuk keperluan penting.

Dalam pada itu, Everrise juga akan menyediaka­n 200 pakej sumbangan produk keperluan kepada pejabat Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pertubuhan Pembanguna­n Insan Sarawak.

Pelanggan kembali membelibel­ah dengan beg eko Everrise, untuk setiap pembelian RM30 dan ke atas, pembeli akan mendapat tambahan lima mata.

Bagi pembelian produk Meadows bernilai RM30, pelanggan akan berpeluang mendapatka­n kurma Yusuf Taiyoob 500G pada harga hanya RM8.99.

Belanja RM150 dan ke atas, akan menerima kurma Yusuf Taiyoob Farda 200g percuma bernilai RM5.90.

Untuk maklumat lanjut sila emel di feedback@everrise. com.my dan promosi terkini ikuti halaman Facebook Everrise atau langgan saluran Telegram Everrise.

 ?? ?? JANGAN LEPASKAN: Everrise akan melancarka­n Festival Gaya Raya dan Kad Ahli Emas di Everrise Batu 4, hari ini.
JANGAN LEPASKAN: Everrise akan melancarka­n Festival Gaya Raya dan Kad Ahli Emas di Everrise Batu 4, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia