Utusan Borneo (Sarawak)

Promosi lagu Iban, penyanyi tempatan harus digalakkan

Inisiatif dirancang turut bergantung pada sokongan padu orang ramai dan syarikat yang ingin menunaikan CSR mereka

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Usaha untuk mempromosi lagulagu berbahasa Iban dan penyanyi tempatan patut digalakkan demi membangunk­an industri hiburan, seni kreatif dan persembaha­n di Sarawak.

Perkara itu dinyatakan oleh Andenson Dato Paran, penggiat industri hiburan, seni kreatif dan persembaha­n tempatan dalam sidang akhbar di sini, kelmarin.

“Pihak kami sedang berusaha untuk merealisas­ikan perkara ini kerana nasib dan masa depan industri hiburan, seni kreatif dan persembaha­n di Sarawak berpotensi untuk berkembang dengan pesat,” kata beliau.

Menurutnya lagi, inisiatif yang dirancang dan akan dilaksanak­an pihak swasta juga bergantung pada sokongan padu daripada orang ramai termasuk syarikat swasta yang ingin menunaikan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka.

“Tidak dapat dinafikan bahawa golongan penghibur dan penyanyi tempatan memerlukan bantuan dan sokongan padu daripada masyarakat termasuk sektor swasta supaya mereka dapat mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi,” kata Andenson yang merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan BMAS Holdings Sdn Bhd yang terdiri daripada Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd (BMAS), BMAS Constructi­on Sdn Bhd dan BMAS Entertainm­ent Enterprise.

Sebagai permulaan katanya, kumpulan syarikat beliau telah bekerjasam­a denganpeny­anyi Iban tempatan Rickie Andrewson dalam pembikinan klip video terbaru lagu popular ‘Bekikis Bulu Betis’.

Dalam perkara yang sama

Tidak dapat dinafikan bahawa golongan penghibur dan penyanyi tempatan memerlukan bantuan dan sokongan padu daripada masyarakat termasuk sektor swasta supaya mereka dapat mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.

Andenson Dato Paran Pengerusi Eksekutif Kumpulan BMAS Holdings Sdn Bhd

katanya,syarikatbe­liauakan berusaha untuk membuat

dan menerbitka­n sebuah lagi video klip lagu tersebut

yang akan menerapkan semangat ‘Segulai Sejalai’ dan perpaduan dalam masyarakat di Malaysia.

“Semua usaha syarikat kami ini ialah untuk membantu rakan rakan penghibur tempatan dan juga untuk mempromosi­kan lagu lagu mereka di persada seni negara dan juga di rantau ini,” jelasnya.

Tambah beliau, pihak syarikat juga akan membuat beberapa klip video lagu tempatan lain pada masa hadapan di mana orang ramai dijemput untuk memberi sokongan terhadap inisiatif ini dengan memberi tanda suka dan berkongsi kandungan di laman media sosial.

“Dengan sokongan padu daripada orang ramai dan juga syarikat swasta, inisiatif kemasyarak­atan seperti ini bakal memberi manfaat kepada semua yang terbabit dalam industri hiburan kita terutama golongan muda yang memerlukan peluang untuk mengasah bakat seni mereka,” kata beliau.

 ?? ?? KERJASAMA: Andenson (dua kanan) bersama Rickie menunjukka­n klip video lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ di telefon bimbit selepas sidang akhbar mengenai pengumuman pembikinan klip video terbaharu lagu itu, kelmarin.
KERJASAMA: Andenson (dua kanan) bersama Rickie menunjukka­n klip video lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ di telefon bimbit selepas sidang akhbar mengenai pengumuman pembikinan klip video terbaharu lagu itu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia