Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan di Kolam Renang Sarikei perlu ditambah baik segera

-

Ahli Dewan Negara Senator Roderick Wong Siew Lead memohon pihakyangb­ertanggung­jawab dengan pengurusan Kolam Renang Sarikei agar memastikan kemudahan awam tersebut sentiasa dijaga dan diurus dengan baik.

Katanya, beliau telah banyak menerima aduan daripada orang awam atau masyarakat yang ingin menggunaka­n kemudahan ini yang memaklumka­n kepada beliau bahawa Kolam Renang Sarikei berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.

“Berikutan itu, pihak kita sendiri telah melakukan tinjauan ke Kolam Renang Sarikei dan mendapati rumput di kawasan Kolam Renang Sarikei sudah lama tidak dipotong.

“Situasi ini telah menimbulka­n pelbagai keluhan dan kerisauan kepada pengunjung yang datang ke lokasi ini tentang kehadiran binatang

seperti ular dan juga tikus.

“Kita telah menerima aduan daripada orang awam yang memaklumka­n kepada pihak kita bahawa keadaan Kolam Renang Sarikei yang tidak terurus ini telah menjejaska­n minat orang awam untuk beriadah dan berenang di sini,” kata Roderick kepada media, kelmarin.

Menurut Roderick, hasil

kunjungan tersebut beliau turut dimaklumka­n bahawa rumput di kawasan itu sudah lama tidak dipotong kerana kontraktor lama telah tamat tempohdank­ontraktorb­aharu dalam proses pengurusan untuk mendapatka­n surat kebenaran bagi menjalanka­n kerja pembersiha­n.

Tambahnya, sesetengah kemudahan dan mesin di

kolam renang tersebut juga sudah usang, mengakibat­kan operasi kolam renang kerap terjejas untuk tempoh tertentu.

“Oleh yang demikian, kita amat berharap pihak berwajib dapat memperting­katkan kerja-kerja penyelengg­aran dan memastikan kemudahan ini beroperasi dengan lancar,” ujar Riderick lagi.

 ?? ?? TURUN PADANG: Roderick mengadakan tinjuan ke Kolam Renang Sarikei baru-baru ini.
TURUN PADANG: Roderick mengadakan tinjuan ke Kolam Renang Sarikei baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia