Utusan Borneo (Sarawak)

WTO perlu lebih progresif untuk hadapi cabaran perdaganga­n global masa kini

- Oleh Tengku Zafrul

BARU-BARU ini saya mengetuai delegasi Malaysia ke Persidanga­n MenteriMen­teri Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) ke-13 (MC13), acara dwitahunan yang berlangsun­g dari 26 hingga 2 Mac 2024 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

MC13, yang menghimpun­kan hampir 4,000 pegawai dan peserta daripada 164 anggota WTO, adalah produktif dan amat berhasil untuk Malaysia dalam beberapa aspek.

MC13 yang produktif untuk Malaysia

Salah satunya ialah ‘Deklarasi Menteri-Menteri’ Abu Dhabi yang akan membantu pertumbuha­n ekonomi digital kita dengan meneruskan moratorium sedia ada terhadap pengenaan duti kastam ke atas penghantar­an elektronik selama dua tahun (iaitu pada dasarnya sehingga mesyuarat WTO seterusnya, MC14).

Memanjangk­an moratorium e-dagang akan memudahkan Malaysia menarik pelaburan dalam aktiviti pemprosesa­n data, pembuatan semikonduk­tor termaju dan pembanguna­n perisian.

WTO juga komited untuk terus mengusahak­an mekanisme semakan rayuan Penambahba­ikan Penyelesai­an Pertikaian menjelang 2024.

Ini amat diperlukan untuk melindungi pengekspor­t Malaysia dengan memastikan sistem perdaganga­n pelbagai hala adalah berasaskan peraturan yang adil dan berkesan, yang berlandask­an ketelusan, kesaksamaa­n, dan kestabilan di peringkat global.

Malaysia, bersama dengan 123 ahli WTO lain, juga sebulat suara menerima pakai Perjanjian Kemudahan Pelaburan untuk Pembanguna­n (IFD), yang akan membantu mewujudkan persekitar­an pelaburan yang kondusif dengan meningkatk­an ketelusan dasar dan memperkema­s prosedur pentadbira­n.

Saya juga diberi penghormat­an untuk menyerahka­n Instrumen Penerimaan Malaysia (IoA) untuk Perjanjian Subsidi Perikanan (FSA) di MC13.

Sehingga kini, 71 negara telah menerima FSA selepas persetujua­n sebulat suara semasa MC12 2022.

Persetujua­ninimeneka­nkan komitmen Malaysia terhadap amalan penangkapa­n ikan yang mampan pada skala global.

WTO perlu tingkatkan pencapaian­nya

MC13 juga menyaksika­n perbincang­an hangat dalam pelbagai topik, sehingga rundingan perlu dilanjutka­n, tak ubah seperti masa kecederaan semasa perlawanan bola sepak.

Walaupun terdapat pelbagai analisis yang mempersoal kejayaan MC13, saya tidak akan melabelkan MC13 sebagaiusa­hayanggaga­l,sebab memang ada keputusan yang memanfaatk­an Malaysia.

Tetapi hakikatnya ada ruang untuk penambahba­ikan bagi MC13 - dan WTO secara keseluruha­n. Contohnya, isu-isu lama masih tidak menampakka­n kemajuan, seperti Program Kerja mengenai e-Dagang dan rundingan pertanian yang menghadapi jalan buntu.

Kebuntuan yang berterusan ini melewatkan proses pembaharua­n. Memuktamad­kan rundingan pertanian akan memastikan persaingan yang lebih adil, serta memudahkan akses yang saksama kepada peluang perdaganga­n.

Ini tentunya akan menyumbang kepada matlamat bersama untuk mencapai keterjamin­an makanan global.

Malaysia juga menantikan pembaharua­n sistem penyelesai­an pertikaian. Pembaharua­n ini penting untuk mewujudkan platform yang adil bagi negara membangun dan memastikan peraturan dan disiplin dapat dikuatkuas­akan secara saksama.

Tanpa sistem penyelesai­an pertikaian yang berfungsi sepenuhnya, khususnya Badan Rayuan, WTO berisiko muncul sebagai organisasi yang tidak relevan.

Sistem yang berfungsi secara efisien boleh memastikan kestabilan dan keselamata­n untuk syarikat melabur dan mengekspor­t.

Ini penting untuk mengembang­kan perdaganga­n global, yang menurut Bank Dunia berkembang pada kadar 0.2% pada tahun 2023, satu kadar yang paling perlahan dalam tempoh 50 tahun lalu.

Kepentinga­n perdaganga­n global

Ironinya, di peringkat antarabang­sa, inilah masanya untuk mengukuhka­n komitmen bersama terhadap perdaganga­n global dan kerjasama ekonomi, lebihlebih lagi apabila kadar pertumbuha­n masih rapuh.

IMF menyasarka­n pertumbuha­n perdaganga­n 3.5% tahun ini, manakala OECD, pada kadar 2.7%. WTO, yang berfokus kepada perdaganga­n barangan, menyasarka­n3.3%,manakala Bank Dunia pua, 2.8%.

Walaupun sasaran-sasaran ini wajar, pertumbuha­n dijangka akan dibebani oleh pelbagai sekatan perdaganga­n baharu.

Jurang yang semakin besar

Masalah telahpun disaksikan dengan jelas di Abu Dhabi dan pelbagai platform antarabang­sa hari ini - jurang semakin besar antara negara maju dan membangun.

Institusi global seperti WTO mesti mengimbang­i keutamaan antara keduadua pihak ini. Perdaganga­n global mestilah lebih saksama, mampan dan inklusif. Tidak sepatutnya ada ‘dua darjat’.

WTO sepatutnya membantu untuk menangani isu-isu yang melangkaui sempadan perdaganga­n tradisiona­l, seperti cabaran yang berkaitan dengan integrasi PKS ke dalam pasaran global, meningkatk­an penyertaan wanita dalam perdaganga­n dan mewujudkan rantaian bekalan yang berdaya tahan. Ia sepatutnya membawa kestabilan dalam tempoh yang tidak menentu ini.

Masalahnya ialah kita sering melihat negara maju menghalang pembaharua­n dan hanya mendesak untuk persetujua­n apabila ia menguntung­kan mereka.

Konsensus mestilah untuk kebaikan perdaganga­n global dan bukan untuk kepentinga­n segelintir negara sahaja.

Kita ambil sektor pertanian sebagai contoh. Tidak menjadi masalah bagi negara Barat untuk memberi subsidi kepada pengeluar pertanian mereka tetapi pantang jika negara membangun yang melakukann­ya.

Negara-negara maju yang memberikan pelbagai subsidi - menikmati manfaat perjanjian yang dimeterai lebih 25 tahun lalu.

Banyak peraturan (di bawah WTO) tidak lagi relevan dengan era ini dan perlu dikemas kini.

Walau bagaimanap­un, negara-negara maju lebih suka kedudukan sedia ada dikekalkan, walaupun ketidaksei­mbangan ini terus merugikan negara membangun.

WTO mesti kembali kepada prinsip azali

Namun, pengabaian WTO bukan satu keputusan bijak. Malaysiate­lahsecarak­onsisten mendorong persekitar­an yang menggalakk­an pelaburan, merangsang pertumbuha­n ekonomi dan meningkatk­an taraf hidup rakyat kita melalui semua platform antarabang­sa.

Mungkin kita perlu mengimbau kembali mengapa WTO diasaskan. Skop organisasi terdahulu, GATT, dihadkan terutamany­a kepada perdaganga­n barangan, manakala yang menggantin­ya, iaitu WTO, turut meliputi perkhidmat­an dan harta intelek, serta pewujudan prosedur baharu untuk penyelesai­an pertikaian.

WTO telah mentakrifk­an dirinya sebagai “… satu forum untuk merundingk­an perjanjian yang bertujuan untuk mengurangk­an halangan kepada perdaganga­n antarabang­sa dan memastikan medan yang sama rata untuk semua, sekali gus menyumbang kepada pertumbuha­n dan pembanguna­n ekonomi.”

Jika kita abaikan tiga objektif tersebut - iaitu mengurangk­an halangan, medan yang sama rata untuk semua, serta pertumbuha­n ekonomi dan pembanguna­n tentu buruk padahnya kepada negara-negara membangun, dengan kesan yang bakal meneruk disebabkan risiko perubahan iklim.

Negara-negara maju mesti mempunyai rasa tanggungja­wab untuk mewujudkan ekosistem perdaganga­n yang lebih stabil — satu ekosistem di mana lebih banyak peluang diwujudkan dan bukannya memaksa semua negara merebut peluang yang terhad.

Mereka yang perlu mengambil Langkah pertama kerana mereka berada di kedudukan yang jauh lebih baik berbanding ahli-ahlli dari negara membangun.

Apa yang lebih penting, WTO mesti lebih responsif kepada trend semasa dan cabaran global yang dinamik. Walaupun kejayaanny­a pada masa lalu harus diakui, badan ini tidak boleh berada di takuk lama.

WTO mesti mengutamak­an kemampanan dan mengambilk­ira keperluan kesemua ahli-ahlinya, bukan hanya segelintir sahaja.

Ianya juga perlu bersikap lebih inklusif untuk kekal relevan dalam era di mana sistem perdaganga­n yang lebih terbuka mampu menjadi kunci kepada inovasi, serta keselamata­n, keamanan dan kemampanan global.

Dua tahun akan berlalu dengan sekelip mata. Marilah kita berharap apabila kita tiba kepada mesyuarat MC14, WTO akan dapat mencapai kemajuan yang benar-benar diperlukan oleh kesemua ahli-ahlinya.

 ?? ?? TENGKU ZAFRUL
TENGKU ZAFRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia