Utusan Borneo (Sarawak)

Kedai buku undang-undang dilancar di Kompleks Mahkamah Kuching

-

Kedai buku undang-undang yang dilancarka­n di Kompleks Mahkamah Kuching di sini semalam bakal menjadi destinasi sehenti bagi profesiona­l undang-undang untuk mendapatka­n semua sumber diperlukan dalam bidang kehakiman.

Cawangan ketiga kedai buku Joshua Legal Art and Gallery yang mula dibuka di sini sejak penghujung Januari 2024 merupakan kedai buku undang-undang pertama seumpamany­a dibuka di mahkamah di Sarawak.

Selain Sarawak, kedai buku tersebut turut dibuka di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Pembukaan cawangan terbaharun­ya dilancarka­n oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli pada satu majlis semalam dan turut dihadiri oleh para pengamal undang-undang negeri.

Pengarah Urusan Joshua Legal Art and Gallery Joshua Paul berkata, pembukaan kedai buku seumpamany­a di Kompleks Mahkamah Kuching bakal memenuhi keperluan pelbagai pihak dalam institusi kehakiman termasukla­h para peguam, hakim dan pelajar.

Beliau berharap kedai buku tersebut bakal memenuhi matlamat utama pembukaann­ya iaitu menyediaka­n alat dan sumber penting yang diperlukan oleh peguam dalam melaksanak­an kerja dengan berkesan.

“Alat (seperti buku dan sumber) ini amat diperlukan untuk mereka bekerja, tanpa akses kepada alat tersebut, peguam akan berhadapan cabaran dalam melaksanak­an tugas mereka,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selesai majlis pelancaran kedai buku tersebut di Petra Jaya di sini, semalam.

Mengulas lanjut Joshua memberitah­u, buku undangunda­ng mudah untuk diperoleh secara dalam talian pada masa kini, namun menurutnya, kedai buku fizikal masih menjadi tarikan utama berbanding kedai buku dalam talian.

“Tidak dinafikan pengamal undang-undang boleh mendapatka­n buku yang sama dan diperlukan secara dalam talian. Namun, dengan adanya kedai secara fizikal, mereka akan boleh mendapatka­n buku secara terus bahkan boleh merujuk salinan fizikal dengan mudah.

“Peguam senior terutamany­a, lebih suka memperoleh buku undangunda­ng yang mereka perlukan secara fizikal. Mereka mahu menatap dan memegang muka surat buku tersebut, selain merujuk dan menjadikan­nya koleksi,” katanya.

Pengamal undang-undang dan mereka yang berminat boleh mengakses kedai buku tersebut di Kompleks Mahkamah Kuching di sini pada waktu bekerja dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

Kedai berkenaan menawarkan pelbagai pemilihan buku dalam bidang dan subjek membabitka­n perundanga­n termasukla­h pembinaan, undang-undang keluarga, undang-undang jenayah dan undang-undang kontrak.

Antara buku terbaharu dijual di sini adalah Civil and Criminal Appeals in Malaysia (Fourth Edition) yang ditulis Peguambela Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Tan Kee Heng.

 ?? ?? RASMI: Abdul Rahman (duduk) menandatan­gi plak sebagai tanda perasmian kedai buku Joshua Legal Art and Gallery di Mahkamah Kuching, semalam. Turut kelihatan, Joshua.
RASMI: Abdul Rahman (duduk) menandatan­gi plak sebagai tanda perasmian kedai buku Joshua Legal Art and Gallery di Mahkamah Kuching, semalam. Turut kelihatan, Joshua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia