Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis, UiTM jalin kerjasama tingkat kemahiran digitalisa­si

-

Maxis dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam mengumumka­n kerjasama selama tiga tahun untuk memupuk hubungan yang lebih dinamik antara akademia dan industri bagi manfaat pelajar semasa dan graduan UiTM yang akan datang.

Kerjasama tersebut dimeterai pada majlis Memorandum Persefaham­an (MoU) oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng dan Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib.

MoU tersebut memberi tumpuan kepada beberapa bidang, pertama perkembang­an kerjaya; memperkasa­kan pelajar UiTM dengan kemahiran digital yang mempunyai permintaan tinggi melaui program pembanguna­n kemahiran dan jangkauan pendidikan.

Kedua, perkongsia­n ilmu; pertukaran pengetahua­n dan peningkata­n kemahiran di kampus oleh penceramah dan jurulatih jemputan Maxis dan ketiga, sisa elektronik; sebuah program bersama untuk menggalakk­an kelestaria­n alam sekitar melalui pengurusan e-sisa di kampus.

“Inisiatif bersama ini menekankan komitmen kami untuk memberikan belia Malaysia peluang yang tiada tandingan dalam pembelajar­an, perkembang­an dan pembanguna­n profesiona­l.

“Dengan menggabung­kan semangat inovatif Maxis sebagai syarikat telekomuni­kasi bersepadu terkemuka dan kecemerlan­gan akademik UiTM, kami menjangkak­an kolaborati­f yang akan membuahkan hasil bersama,” kata Goh.

Shahrin pula berkata dengan MoU ini, UiTM mengukuhka­n dedikasiny­a untuk memberikan pelajar pengalaman pembelajar­an komprehens­if yang tidak terhad kepada bilik darjah.

“Melalui program pembanguna­n kemahiran, jangkauan pendidikan dan peluang penglibata­n, kami

dapat membentuk pelajar menjadi pemimpin era digital,” katanya.

UiTM telah menjadi rakan kerjasama dipercayai Maxis dalam bidang pendidikan sejak 2022 melalui kerjasama kedua-dua entiti tersebut dalam penghasila­n kandungan e-pembelajar­an komuniti untuk portal eKelas Maxis.

 ?? ?? KOLABORATI­F: Goh (tiga kanan) dan Shahrin (tiga kiri) menunjukka­n dokumen MoU yang dimeterai antara Maxis dan UiTM.
KOLABORATI­F: Goh (tiga kanan) dan Shahrin (tiga kiri) menunjukka­n dokumen MoU yang dimeterai antara Maxis dan UiTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia