Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat pertanian diseru lebih proaktif, berdaya saing

Jana pendapatan lumayan jika diusaha secara komersial: Mawan

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Masyarakat luar bandar yang bergantung kepada aktiviti pertanian untuk menjana pendapatan diseru agar lebih proaktif dan berdaya saing.

Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah) Tan Sri William Mawan Ikom berkata, konsep pertanian pada masa kini adalah jauh berbeza jika dibandingk­an pada tahun 1970-an dan 1980-an.

“Kini pertanian adalah perniagaan dan ia mampu memberi pendapatan lumayan jika masyarakat terlibat mengusahak­annya dalam bentuk komersial dan berskala besar.

“Selain itu, pengunaan teknologim­odendalamb­idang ini juga mampu melonjakka­n hasil pengeluara­n dan turut meringanka­n tugas dalam bidang ini.

“Kini dengan perkembang­an teknologi moden, cara pemasaran menggunaka­n teknologi

digital juga amat berkesan untuk memasarkan produk pengeluara­n dan langkah seumpamain­iamatdigal­akkan oleh kerajaan selaras dengan peredaran masa dan arus kemodenan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Kesyukuran­ProjekRTP2­023 di Rumah Empawi Jilum, Batu 9, Jalan Engkamop, Pakan kelmarin.

Mawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan turut menyeru agar ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) di kawasan itu memainkan peranan dan tanggungja­wab mereka dengan telus dan penuh tanggungja­wab.

Katanya, KMKK juga perlu peka dengan situasi semasa dan masalah yang membelengg­u masyarakat di peringkat akar umbi di bawah jagaan mereka.

“Pastikan setiap pembanguna­n dan kemajuan yang digerakkan oleh kerajaan di kawasan mereka, sampai dan dinikmati oleh rakyat.

“Selain itu, KMKK perlu berusaha dan mendapat maklumat daripada jabatan atau agensi kerajaan tentang bantuan atau projek yang

Kini pertanian adalah perniagaan dan ia mampu memberi pendapatan lumayan jika masyarakat terlibat mengusahak­annya dalam bentuk komersial dan berskala besar.

Tan Sri William Mawan Ikom Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah)

disediakan kerajaan kepada masyarakat untuk dimohon bagi manfaat semua,” jelas Mawan.

 ?? ?? KETIBAAN: Mawan menghadiri Majlis Perasmian dan Kesyukuran Projek RTP 2023 di Rumah Empawi Jilum, Batu 9, Jalan Engkamop, Pakan kelmarin.
KETIBAAN: Mawan menghadiri Majlis Perasmian dan Kesyukuran Projek RTP 2023 di Rumah Empawi Jilum, Batu 9, Jalan Engkamop, Pakan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia