Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin masyarakat perlu bantu bangunkan kawasan

Amalkan turun padang bersama pemimpin negeri, adakan perbincang­an dengan masyarakat di kawasan masing-masing

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Pemimpin masyarakat diingatkan supaya terus melaksanak­an tanggungja­wab untuk membangun dan memajukan kampung serta rumah panjang masing-masing.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis menegaskan, pemimpin masyarakat perlu turun padang bersama-sama pemimpin negeri, di samping selalu mengadakan perbincang­an dengan masyarakat dalam kawasan masing-masing.

“Melalui perbincang­an yang diadakan, memudahkan segala proses perancanga­n pembanguna­n yang akan dibangunka­n di kawasan masing-masing,” ujarnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1 Siri 7 Bil.2/2024 anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) bersama Pejabat Daerah Sri Aman Pejabat Daerah Sri Aman di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Seramai 38 peserta yang terdiri daripada penghulu, tuai rumah dan ketua kaum di kawasan Simanggang menghadiri kursus tersebut.

Katanya lagi, para pemimpin juga perlu seiring dengan pelaksanaa­n dasar kerajaan serta memahami situasi semasa bagi memastikan perancanga­n kerajaan mendapat kerjasama dan berjaya.

“Kita tidak mahu perancanga­n murni kerajaan dalam sesebuah rumah panjang tergendala atau ditarik balik kononnya tidak mendapat restu dari penduduk rumah panjang atau rakyat sehingga boleh merugikan masyarakat itu dalam masa yang agak lama.

“Sebagai pemimpin, kita harus berkorban masa demi memastikan perancanga­n kita berjaya,” katanya lanjut.

Beliau menambah, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) merupakan tunjang

kepada kesinambun­gan sosio budaya, ekonomi dan kesejahter­aan masyarakat akar umbi.

“KMKK juga berperanan sebagai ‘jambatan’ antara

masyarakat dan kerajaan dalam aspek penyampaia­n maklumat,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kumpulan tersebut turut menjadi ikon kepada masyarakat akar umbi

bagi memberi contoh terbaik pentadbira­n dan pengurusan kerajaan.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Intergriti dan Ombudsman)

Datuk Dr Juanda Jaya, Residen Bahagian Sri Aman Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang serta yang lain.

“Melalui perbincang­an yang diadakan, memudahkan segala proses perancanga­n pembanguna­n yang akan dibangunka­n ” di kawasan masing-masing. Datuk Francis Harden Hollis Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak

 ?? ?? UNTUK ALBUM: (Dari tiga kiri) Abang Mohamad Porkan, Harden, Juanda dan Shariff merakamkan kenangan bersama peserta kursus berkenaan.
UNTUK ALBUM: (Dari tiga kiri) Abang Mohamad Porkan, Harden, Juanda dan Shariff merakamkan kenangan bersama peserta kursus berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia