Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada istilah jijik, aktivis wanita cekal sedarkan masyarakat tentang pengurusan sampah lestari

- Oleh Soon Li Wei

Artikel ini bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabang­sa yang dirai pada setiap 8 Mac.

SIAPA sangka, di sebalik kelembutan wajah dengan aura keibuan, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutua­n Ummi Kalthum Shuib adalah seorang yang tegas dan tidak mudah tunduk kepada kedegilan penduduk yang melanggar undang-undang berkaitan pembuangan sisa pepejal.

Sikap itu terserlah semasa beliau menyertai operasi penguatkua­saan ke atas sebuah rumah ‘pengumpul’ (hoarder) sampah di sebuah kawasan perumahan di Segambut, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Kalau tak buka pintu, saya panggil polis. Tolong keluar sekarang,” kata beliau ketika meminta penghuni kediaman itu keluar.

Klip video operasi itu dimuat naik ke akaun TikTok SWCorp atau Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam Wilayah Persekutua­n, dan menerima 9.5 juta tontonan serta lebih 309,000 tanda suka (like) setakat artikel ini ditulis.

PENGUMPUL SAMPAH, WARGA ASING CABARAN UTAMA

Berkongsi pengalaman­nya dengan Bernama dalam satu temu ramah baru-baru ini, Ummi Kalthum berkata isu pengumpul sampah antara cabaran utama yang dihadapi oleh penguat kuasa SWCorp Wilayah Persekutua­n dalam memastikan kebersihan di dua wilayah jagaannya.

“Kami mengambil pendekatan mengenal pasti masalah di sebalik keskes hoarder ini dengan berkunjung ke rumah mereka setiap kali menerima aduan daripada orang ramai.

“Bukan semua kes hoarder ini berpunca daripada masalah mental.

“Ada juga yang menjadikan sampah sarap sebagai sumber rezeki harian mereka dan mengumpulk­an bahan buangan selama lima tahun sehingga mengganggu ketenteram­an awam, seperti menyebabka­n longkang tersumbat, bau busuk serta masalah tikus di rumah jiran tetangga,” jelas wanita berusia 50 tahun itu.

Mengetuai SWCorp Wilayah Persekutua­n sejak 2021 serta merupakan satu-satunya wanita yang menerajui syarikat pengurusan sampah di negara ini, Ummi Kalthum antara lain bertanggun­gjawab memastikan pematuhan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007 (Akta 672) dalam kalangan penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bercerita lanjut, beliau berkata apabila pihaknya menerima aduan tentang pengumpul sampah, penguat kuasa akan ke premis berkenaan dan memberi nasihat serta amaran terlebih dahulu.

“Jika masih degil, barulah kami mengambil tindakan di bawah Akta 672,” katanya.

Antara lain, akta itu memperuntu­kkan denda RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara

selama enam bulan hingga lima tahun atau keduaduany­a, bagi kesalahan pembuangan sampah secara haram.

Berpegang pada prinsip ‘jelas dan tegas’, Ummi Kalthum berkata data SWCorp menunjukka­n kadar sampah tidak pernah berkuranga­n disebabkan oleh amalan kitar semula yang sangat rendah dalam kalangan penduduk Wilayah Persekutua­n, khususnya mereka yang mendiami bangunan berstrata.

“Kebanyakan kawasan yangtidakm­engamalkan­kitar semula adalah bangunanba­ngunan berstrata seperti pangsapuri, atas alasan JMB (Badan Pengurusan Bersama) ‘hilang dari radar’ menyebabka­n penduduk membuang sampah begitu sahaja tanpa membuat pengasinga­n.

“Selain itu, warga asing juga menjadi cabaran buat JMB untuk mendidik penduduk pangsapuri mereka agar mengasingk­an sisa pepejal kerana faktor bahasa selain budaya kotor yang dibawa dari negara asal,” jelasnya, menambahha­nya29.5peratus bangunan berstrata di sekitar ibu kota dan Putrajaya yang penghuniny­a melaksanak­an pengasinga­n sisa pepejal.

SENTIASA TURUN PADANG

Menurut Ummi Kalthum yang merupakan ibu kepada lima orang anak, beliau tidak kisah turun padang menyertai operasi pada bilabila masa, termasuk tengah malam, demi melaksanak­an tanggungja­wabnya mendidik warga Wilayah Persekutua­n dalam soal pembuangan

sampah.

“Meskipun pengurusan sisa pepejal ini tergolong dalam kategori 3D (kotor, bahaya, sukar), keadaan ini bukan penghalang buat pasukan kami yang mempunyai 88 penguat kuasa termasuk 17 wanita, untuk melaksanak­an tugas dengan baik.

“Lebih-lebih lagi kami mendapat sokongan ahli keluarga, dan masingmasi­ng juga mempunyai semangat yang tinggi untuk menyumbang kepada kesejahter­aan masyarakat,” tambahnya.

Menurut beliau, gender juga bukan halangan bagi penguat kuasa wanita menjalanka­n tanggungja­wab di tempat berbahaya kerana mereka telah dilatih agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n, termasuk risiko ancaman kesihatan dan fizikal.

“Yang mengandung juga masih turun padang, cuma

apabila sudah menghampir­i waktu bersalin, mereka ini akan ditugaskan di pejabat,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Ummi Kalthum tidak menafikan ada masanya beliau berasa letih dan kecewa dengan sikap penduduk yang masih berdegil dan liat dari segi pengasinga­n sisa pepejal khususnya.

“Saya bersyukur kerana suami dan anak-anak sangat ‘supportive’,” ujarnya.

Beliau juga tidak bersetuju dengan tanggapan umum bahawa wanita adalah golongan lemah serta mudah dipengaruh­i oleh emosi.

“Jika kita lihat dari segi pengurusan rumah tangga, wanita dilahirkan dengan sikap yang sangat teliti dan sistematik berbanding lelaki, oleh sebab itulah mereka boleh ‘multitaski­ng’ (melakukan pelbagai perkara serentak), iaitu menjadi seorang wanita bekerjaya, dan pada masa yang sama, menggalas tanggungja­wab sebagai isteri dan ibu,” katanya.

KESEIMBANG­AN GENDER

Bagi Khor Sue Yee, pengasas bersama Zero Waste Malaysia, iaitu sebuah badan tidak berasaskan keuntungan, cabaran terbesar dalam memperjuan­gkan isu pengurusan sisa pepejal ialah memastikan keseimbang­an gender sukarelawa­n.

Menurut beliau, di organisasi itu sendiri, sukarelawa­n wanita lebih menonjol berbanding lelaki dalam memperjuan­gkan isu perubahan iklim serta alam sekitar.

“Kami dapati kaum wanita lebih teliti dan sistematik dalam menguruska­n hal-hal rumah tangga, selain sangat prihatin dan memahami golongan yang ditindas akibat perubahan iklim.

“Selain itu, kaum wanita juga selalunya lebih menonjol dari segi menyampaik­an idea mereka secara terbuka kerana dalam memperjuan­gkan hak jantina, mereka selalunya lebih berpengeta­huan dan berani bersuara bagi meyakinkan orang ramai terhadap perjuangan mereka,” katanya.

Tegas beliau, pemerkasaa­n wanita juga bukan tentang isu dominasi, sebaliknya bertujuan menjalin kerjasama bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih baik dalam membina negara yang berdaya saing.

“Walaupun majoriti sukarelawa­n di Zero Waste Malaysia adalah wanita, kami akan pastikan keseimbang­an jantina dari segi penyertaan sukarelawa­n semasa menjalanka­n kempen kesedaran kitar semula ataupun kerjasama dengan persatuan penduduk, syarikat dan sekolah-sekolah,” katanya.

Khor berkata bagi memupuk kesedaran dalam kalangan kanak-kanak, penyertaan sukarelawa­n wanita dilihat lebih berkesan kerana imej keibuan yang dipamer memudahkan mereka mendekati kanakkanak terbabit.

“Jika kami mengadakan kempen di sekolah bersamasam­a dengan murid, ataupun berinterak­si dengan kanak-kanak di kawasan perumahan, kami dapati mereka lebih senang mendekati para sukarelawa­n wanita, menjadikan kerjakerja kami lebih mudah dalam menyampaik­an mesej kepada mereka.

“Kami percaya didikan sejak usia muda merupakan kaedah terbaik bagi membolehka­n seseorang itu memahami konsep kitar semula dengan mudah, sekali gus dapat mempraktik­kan kehidupan sifar sisa setiap hari,” katanya.

KOMUNIKASI BERKESAN

Bagi pengasas bersama Greensteps Malaysia dan juga pencipta kandungan Jolene Tan, beliau percaya empati yang ada pada wanita serta naluri mereka memainkan peranan penting dalam mendorong masyarakat ke arah amalan lestari.

Greensteps Malaysia merupakan organisasi yang menumpukan pada pembentuka­n masyarakat rendah karbon menerusi pendekatan lestari berasaskan tiga tonggak, iaitu mereka bentuk semula bandar, pembanguna­n rendah karbon dan perubahan sikap.

Menurut beliau, inisiatif tersendiri seperti program mengutip barangan kitar semula di rumah serta inisiatif pembuatan kompos, adalah perkara yang selari dengan kehidupan harian masyarakat, sekali gus memudahkan mereka menerima guna amalan terbabit.

“Komunikasi­dankerjasa­ma adalah dua aspek yang saya pelajari bagi memupuk perkongsia­n dan penglibata­n orang ramai.

“Menerusi aspek ini, saya dapat bekerjasam­a rapat dengan pasukan saya serta pihak berkepenti­ngan bagi memacu pembanguna­n bandar raya sifar sampah,” katanya kepada Bernama.

Bekas Miss Earth Malaysia 2013 itu berkata walaupun usaha mengubah sikap masyarakat tentang pengurusan sisa secara lestari mengambil masa, seseorang perlu percaya pada kemampuann­ya dalam mengubah pemikiran ahli masyarakat.

“Saya juga mengambil masa yang lama untuk menerima guna amalan ini. Namun ketabahan dan kecekalan pasti akan membuahkan hasil,” tegas beliau. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TEGAS: Pengarah Wilayah Persekutua­n SWCORP Ummi Kalthum Shuib pada temu bual bersama wartawan BERNAMA sempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ini.
— Gambar Bernama TEGAS: Pengarah Wilayah Persekutua­n SWCORP Ummi Kalthum Shuib pada temu bual bersama wartawan BERNAMA sempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia