Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita miliki kilang pembuatan kosmetik mahu perkenal produk Malaysia ke mata dunia

-

KOTA BHARU: Mengusahak­an dan mengembang­kan perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah selain memerlukan komitmen tinggi serta kerja berpasukan.

Namun, perkara itu bukanlah mustahil untuk dicapai seperti yang dibuktikan oleh pengasas dan pemilik satu-satunya kilang pembuatan produk kosmetik dan makanan kesihatan milik Bumiputera I Medikel Pharma Holdings Berhad (I Medikel), Hasnah Zakaria.

Berpengala­man selama 24 tahun, anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang berusia 45 tahun itu berkata beliau bermula dengan hanya sebuah farmasi runcit sebelum membuka kilang tersebut di Padang Tembak, Pengkalan Chepa pada 2000, selain kini mempunyai lima cawangan farmasi di Kelantan dan Selangor.

“Kilang ini kemudian berkembang apabila kami menjalin kerjasama dengan Institut Piawaian dan Penyelidik­an Perindustr­ian Malaysia pada 2006 sehingga 2009 dalam membangunk­an penyelidik­an serta produk kosmetik.

“Syarikat ini mula berkembang di Kelantan dan Terengganu menerusi rangkaian farmasi di Pengkalan Chepa, Telipot, Berek 12, Tok Bali di Kelantan danPuchong,Selangorme­lalui kilang pembuatan produk serta syarikat pengiklana­n,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata pihaknya telah membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk mengeluark­an produk jenama sendiri dan kini terdapat lebih 100 syarikat yang bekerjasam­a dengan I Medikel.

“Menerusi kilang pembuatan produk itu, ada antara usahawan yang telah mencapai tahap jutawan dan semua produk mereka mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa termasuk Kementeria­n Kesihatan serta sijil halal,” ujar beliau yang berasal dari Melor.

Menurut Hasnah,

I Medikel kini dalam proses membangunk­an kompleks kilang di kawasan perindustr­ian Pengkalan Chepa yang dijangka siap tahun hadapan, sekali gus membuka peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk tempatan serta usahawan di Kelantan.

Beliau juga berhasrat untuk menjadikan produk-produk buatan kilangnya sebagai produk halal dari Malaysia yang dikenali di seluruh dunia.

Berbekalka­n Ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia, Hasnah mengakui kejayaanny­a turut mendapat dorongan dan bantuan suami, Yusmat Mamat, 58, yang mempunyai kelulusan dalam bidang sama.

Pengalaman jatuh bangun dalam bidang perniagaan tidak mematahkan semangat wanita cekal ini malah beliau mengingatk­an usahawan lain terutamany­a kaum hawa supaya berjiwa besar dan kental, selain bersikap positif dalam menghadapi cabaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia