Utusan Borneo (Sarawak)

Cekal bergelar petani, wanita raih pendapatan lumayan

-

Penglibata­n wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan terutama perniagaan di Kelantan bukan sesuatu yang asing malah sudah sebati dan menjadi budaya setempat.

Sejak berzaman wanita dari negeri Che Siti Wan Kembang ini telah dikenali sebagai wanita yang gigih dan cekal dalam meneroka pelbagai jenis perniagaan termasuk penghasila­n produk makanan, batik serta pelbagai produk tempatan yang lain.

Semangat yang sama turut menjadi sumber kekuatan buat seorang petani wanita Rosmarizan Mohd Bakari, 40, yang mengusahak­an tanah sawah seluas 50 ekar di Pasir Puteh selain mula berjinak dalam penanaman tebu yang diusahakan berdekatan rumahnya di Ketereh.

“Saya mula terdedah kepada kerja penanaman padi sejak di usia remaja kerana selalu mengikut ayah ke bendang dan belajar mengenai selokbelok bertani.

“Selepas ayah meninggal dunia 12 tahun lepas saya mengambil keputusan untuk menyambung pekerjaan itu dan menjadikan­nya sebagai sumber pendapatan utama,” katanya kepada Bernama baru-baru ini sempena sambutan Hari Wanita Sedunia semalam.

Rosmarizan berkata pada awalnya beliau kurang yakin kerana mengusahak­an sawah merupakan pekerjaan yang lasak selain terpaksa berjemur di bawah terik mentari.

“Bersandark­an sedikit pengalaman, saya nekad meneruskan­nya dan mampu menjana pendapatan kirakira RM100,000 semusim,” katanya.

Menurutnya selain mengaplika­sikan ilmu yang dipelajari daripada arwah bapa beliau tidak pernah berhenti menimba ilmu berkaitan bidang pertanian termasuk teknologi terkini yang memudahkan kerja di sawah.

“Penggunaan dron misalnyaba­nyakmemban­tumemudahk­an kerja-kerja menabur benih, meracun dan membaja, selain boleh menjimatka­n kos mengupah pekerja yang ramai,” katanya.

Berkongsi kisah jatuh bangun kerjaya yang dipilihnya itu, Rosmarizan memberitah­u dia tidak pernah putus asa dalam meneruskan pekerjaan itu walaupun ada yang mempertika­ikan kemampuann­ya.

“Ya, ada masa kita jatuh tapi

saya tekad meneruskan bidang pertanian dan mengorak satu lagi langkah ke hadapan melalui tanaman tebu yang mula diusahakan sejak dua tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata bermula tahun lepas, dia mula

menghasilk­an air tebu sejuk beku untuk dijual kepada pelanggan tempatan iaitu sebanyak 6,000 botol sebulan yang dijual pada harga RM5 sebotol dan berjaya meraih pendapatan kira-kira RM40,000. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CEKAL: Rosmarizan mengikat sebahagian pokok tebu telur yang sudah matang agar tidak tumbang ketika ditemui Bernama di Kampung Binjai, Ketereh di Kota Bharu.
— Gambar Bernama CEKAL: Rosmarizan mengikat sebahagian pokok tebu telur yang sudah matang agar tidak tumbang ketika ditemui Bernama di Kampung Binjai, Ketereh di Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia