Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkatkan penglibata­n kaum wanita dalam ekonomi digital: Teo

- KUALA LUMPUR: — Bernama

Tumpuan perlu diberikan untuk meningkatk­an penglibata­n kaum wanita dalam tenaga kerja, khususnya dalam industri ekonomi digital negara, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata walaupun peratusan tenaga kerja wanita di Malaysia berada pada kadar 55.1 peratus pada 2022, tetapi golongan itu hanya membentuk 35 peratus daripada industri ekonomi digital.

Teo yang ditemui pemberita selepas sambutan Hari Wanita Antarabang­sa anjuran Pejabat Timbalan Menteri Komunikasi dan My Creative Venture di sini, semalam berkata antara usaha yang perlu terus ditekankan ialah menghapusk­an stereotaip gender dalam pekerjaan.

“… memang ada profesion secara tradisiona­l lebih banyak wanita seperti guru dan jururawat tetapi inilah jurang gender yang kita hendak tutup kerana kita juga perlu mendidik generasi akan datang untuk menggalakk­an wanita menjadi jurutera… lelaki jadi jururawat.

Saya percaya kalau kita boleh pecahkan stereotaip gender ini, kita boleh nampak penglibata­n yang lebih seimbang dalam semua bidang. Apabila kita ada keterangku­man daripada semua jantina, kaum dan budaya, ini akan membantu kami (kerajaan) untuk membuat keputusan yang lebih kondusif dan lebih baik,” katanya.

Terdahulu dalam ucaptamany­a pada majlis itu, Teo berkongsi perangkaan daripada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang kini dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) menunjukka­n 76 peratus daripada usahawan yang dibimbing pusat itu antara 2021 hingga Februari lepas adalah wanita.

Sementara perangkaan daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menunjukka­n 57 peratus daripada usahawan wanita telah menyertai Program eUsahawan sejak pelaksanaa­nnya pada 2015 sehingga 2023.

“Penyertaan aktif wanita dalam sektor digital boleh dilihat menerusi sektor makanan dan minuman (30 peratus), kecantikan & kesihatan (16 peratus) dan fesyen (10 peratus).

“Ini menunjukka­n wanita kini aktif dalam menyumbang kepada ekonomi bermula daripada usahawan berskala kecil. Jalannya mungkin panjang tetapi sebagaiman­a setiap perjalanan, ia bermula dengan satu langkah,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? HARI WANITA: Teo (lima kanan) bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir pada Sambutan Hari Wanita Sedunia 2024 anjuran My Creative Vanture di Jalan Panggung semalam. Turut bersama Ketua Pegawai Eksekutif My Creative Vanture Zainariah Johari (tiga kanan).
— Gambar Bernama HARI WANITA: Teo (lima kanan) bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir pada Sambutan Hari Wanita Sedunia 2024 anjuran My Creative Vanture di Jalan Panggung semalam. Turut bersama Ketua Pegawai Eksekutif My Creative Vanture Zainariah Johari (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia