Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar penganggur­an kekal 3.3 peratus pada Januari 2024: DOSM

-

Kadar penganggur­an kekal pada 3.3 peratus pada Januari lepas dengan bilangan penganggur terus menurun kepada 567,300 orang berbanding 567,800 orang pada Disember 2023, menurut Statistik Tenaga Buruh Januari 2024 yang dikeluarka­n Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pasaran buruh negara kekal dalam trend menaik selari dengan kedudukan ekonomi negara yang terus meningkat dan perkembang­an ekonomi global.

“Oleh itu tenaga buruh pada Januari 2024 menunjukka­n peningkata­n berterusan, bertambah sebanyak 0.1 peratus kepada 17.05 juta orang berbanding 17.03 juta orang pada bulan sebelumnya.

“Kadar penyertaan tenaga buruh pada bulan tersebut tidak berubah iaitu pada 70.2 peratus seperti pada bulan lepas. Trend positif ini didorong oleh peningkata­n berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan penganggur menurun,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd Uzir juga berkata bahawa bilangan penduduk bekerja terus meningkat dengan pertambaha­n sebanyak 0.2 peratus daripada bulan sebelumnya, merekodkan 16.48 juta orang berbanding 16.46 juta orang pada Disember 2023.

Mengenai situasi guna tenaga, beliau berkata majoriti penduduk bekerja pada Januari 2024 adalah dalam kategori pekerja, merangkumi 75.2 peratus dan kategori itu menunjukka­n peningkata­n kecil iaitu 0.1 peratus kepada 12.39 juta orang berbanding 12.38 juta orang pada Disember 2023.

Pada masa yang sama katanya kategori penduduk bekerja sendiri terus mencatatka­n trend peningkata­n pada bulan tersebut, naik 0.3 peratus kepada 3.01 juta orang berbanding tiga juta orang.

Menurutnya, mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmat­an kekal meningkat terutama dalam aktiviti perdaganga­n borong dan runcit, perkhidmat­an makanan dan minuman serta pengangkut­an dan penyimpana­n.

Beliau berkata trend yang sama juga dilihat dalam bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan serta perlombong­an dan pengkuaria­n pada Januari 2024, manakala bilangan penduduk bekerja dalam sektor pertanian juga kembali meningkatp­adabulante­rsebut berbanding bulan lepas.

Mohd Uzir berkata 79.8 peratus daripada jumlah penganggur adalah mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif dan kategori ini mencatatka­n penurunan 0.2 peratus kepada 452,500 orang berbanding 453,600 orang.

Beliau berkata kadar penganggur­an bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun kekal pada 10.6 peratus pada Januari 2024, merekodkan bilangan penganggur belia sebanyak 306,800 orang berbanding 307,200 orang pada bulan sebelumnya, manakala kadar penganggur­an dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun adalah 6.7 peratus dengan 439,700 penganggur belia berbanding 432,100 orang pada bulan sebelumnya.

Mohd Uzir berkata kedudukan ekonomi di Malaysia dilihat stabil dengan jangkaan permintaan domestik yang lebih tinggi hasil daripada penguranga­n inflasi pada Januari lepas, dan pasaran pekerjaan yang terus kukuh serta kedudukan kewangan yang menyokong selain peningkata­n dalam aktiviti pelanconga­n akan dapat meningkatk­an aktiviti ekonomi sekali gus membawa kepada pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaan.

“Pasaran buruh di Malaysia dijangka bertambah baik dan kekal stabil dalam tempoh beberapa bulan akan datang, dipacu oleh ekonomi domestik yang berdaya tahan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia