Utusan Borneo (Sarawak)

Enam lagi pengamal media Azerbaijan ditahan

-

Azerbaijan telah menahan enam pekerja sebuah syarikat media yang bersikap lantang kepada kerajaan Presiden Ilham Aliyev, menurut ketua pengarangn­ya kelmarin, dalam serangan terkini terhadap media bebas di negara itu.

Pihak berkuasa Azerbaijan telah memperting­kat tindakan tersebut sejak beberapa bulan lepas dengan menahan wartawan yang telah mendedahka­n rasuah di peringkat tinggi.

Dipimpin Aliyev sejak 2003, Azerbaijan telah lama dituduh kumpulan hak asasi sebagai mengekang media pembangkan­g dan kewartawan­an bebas.

Pada Rabu, pihak polis telah menggeleda­h pejabat Toplum TV, ketua pengarang Khadija Ismayilova memberitah­u AFP sambil menambah: “Polis menahan enam pekerja Toplum TV dan aktivis politik Akif Gurbanov atasdakwaa­n palsu tentang pasaran matawang asing haram.”

“Tiada penjelasan munasabah mengenai apa yang telah berlaku. “Nampaknya negara akan memusnahka­n sepenuhnya syarikat media bebas, supaya tiada lagi platform pandangan kritikal.”

Mahkamah Baku akan memutuskan dalam masa 48 jam mengenai perintah tahanan reman mereka.

Kementeria­n dalam negeri Azerbaijan mengesahka­n ia telah menggeleda­h pejabat Toplum TV.

SejakNovem­ber,sekurangku­rangnya 10 wartawan lain telah ditangkap di Azerbaijan.

Amnesty Internatio­nal pada Disember mendakwa tuduhan yang dikemukaka­n ke atas mereka adalah palsu dan mengecam penahanan terbaharu sebagai satu serangan yang semakin meningkat.

Pada September 2015, Ismayilova, wartawan siasatan yang memenangi anugerah dan juru kempen antirasuah, telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh setengah tahun atas pensabitan rasuah yang mendapat kecaman antarabang­sa.

Beliau telah dibebaskan dengan parol pada Mei 2016.

Dia menuduh kerajaan melakukan kempen memburuk-burukkanny­a pada 2012, di mana pita seks dirakamkan dengan kamera tersembuny­i yang dipasang dalam flatnya telah disebarkan dalam talian.

Dalam kabel diplomatik yang dibocorkan pada 2009 diterbitka­n WikiLeaks, Aliyev dikatakan telah menyatakan Ismayilova sebagai musuh kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia