Utusan Borneo (Sarawak)

Dua ditemui mati bersama empat kanak-kanak, pelajar ditahan

-

Seorang pelajar berusia 19 tahun ditangkap selepas empat kanak-kanak dan dua orang dewasa ditemui mati di sebuah rumah subbandar berhampira­n bandar utama Ottawa, menurut pihak polis Kanada kelmarin.

Pihak polis menyatakan mereka telah bergegas ke sebuah rumah di subbandar Barrhaven di Ottawa selepas menerima satu panggilan pada jam 11 malam waktu tempatan.

Di tempat kejadian, polis menemui mayat bayi berusia dua setengah bulan dan tiga kanak-kanak berusia dua, empat dan tujuh tahun, serta ibu mereka, 35, dan seorang lelaki, 40, yang menurut pihak polis rakan keluarga terbabit yang juga tinggal serumah.

Ayah kesemua kanakkanak terbabit yang juga suami wanita tersebut, ditemui tercedera dan dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, menurut polis.

Pihak berkuasa menyatakan sejenis senjata tajam telah digunakan untuk membunuh dan mencederak­an anggota keluarga terbabit yang menurut Ketua Polis Eric Stubbs sebagai pendatang dari Sri Lanka yang baharu tiba di Kanada.

Suspek yang ditangkap pada petang Rabu, juga berasal dari Sri Lanka dan kenalan keluarga terbabit yang turut tinggal di rumah itu, kata Stubbs ketika sidang media tengah hari kelmarin tanpa memberikan maklumat lanjut mengenai hubungan di antara mereka.

”Ini ada perbuatan ganas tidak berperikem­anusiaan yang dilakukan terhadap orang yang langsung tidak bersalah,” kata beliau, menyatakan pembunuhan beramai-ramai amat jarang berlaku atau malah tidak dijangkaka­n di Ottawa.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyuaraka­n rasa terkejut mengenai tragedi teruk itu.

Datuk bandar Ottawa Mark Sutcliffe menulis dalam X: “Saya kecewa apabila mengetahui tentang beberapa homisid di Barrhaven, salah satu insiden keganasan yang mengejutka­n dalam sejarah bandar kita.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia