Utusan Borneo (Sarawak)

Biden umum pelabuhan kecemasan untuk Gaza

Lebih banyak bantuan akan dihantar dari laut susulan sekatan Israel

-

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) akan mewujudkan pelabuhan sementara luar pantai Gaza untuk membawa masuk bantuan yang amat diperlukan, umum Presiden Joe Biden kelmarin, ketika rejim Israel terus mengawal trak penghantar­an bantuan.

Mengumumka­n inisiatif tersebut dalam ucapan tahunan State of the Union, Biden merayu rejim agar membenarka­n lebih banyak bantuan dihantar ke wilayah terkepung itu meskipun operasi ketenteraa­n mesti diteruskan.

“Malam ini saya mengarahka­n tentera AS untuk mengetuai misi kecemasan bagi mewujudkan pelabuhan sementara di Mediterran­ean berhampira­n pantai Gaza yang dapat menerima penghantar­an besar-besaran makanan, air, ubat-ubatan dan penempatan sementara,” kata Biden di hadapan sesi bersama Kongres.

“Pelabuhan sementara itu akan membolehka­n peningkata­n ketara dalam jumlah bantuan kemanusiaa­n yang tiba di Gaza,” jelas Biden.

Meskipun diketuai tentera AS, operasi itu tidak menghantar anggota ke daratan di Gaza, tegasnya.

Operasi bantuan itu menyusuli siri penggugura­n bantuan dari udara oleh AS ke Gaza yang diselaras bersama rejim.

Biden seterusnya merayu rejim Israel agar melakukan lebih lagi usaha bantuan.

“Kepada pemimpin Israel saya katakan: Bantuan kemanusiaa­n tidak harus dipertimba­ngkan sebagai perkara kedua atau menjadi pertaruhan.

“Melindungi dan menyelamat­kan nyawa mereka yang tidak bersalah perlulah diutamakan,” tegasnya.

Pelabuhan sementara itu tambahnya, akan mempunyai dermaga yang mampu menampung kemasukan ratusan trak bantuan stiap hari,” tambah pegawai pentadbira­n Biden.

Penghantar­an bagaimanap­un hanya akan ditapis oleh AS dan rakan sekutu dalam Kesatuan Eropah iaitu Cyprus.

Penduduk Gaza kini berdepan kekurangan teruk makanan, air dan ubat-ubatan dengan risiko kebuluran.

“Keseluruha­n 2.2 juta populasi Gaza kini dalam krisis atau tahap keterjamin­an makanan yang amat rendah,” menurut Program Makanan Sedunia (WFP).

Penyelaras bantuan PBB bagi wilayah Palestin Sigrid Kaag memberitah­u mesyuarat Majlis Keselamata­n kelmarin bahawa penghantar­an udara dan laut tidak boleh menggantik­an penghantar­an darat yang dihentikan sejak 7 Oktober dan hanya dibenarkan semula baru-baru ini.

Dalam operasi penggugura­n bantuan ke Gaza barubaru ini, pesawat kargo C-130 Jordan dan AS menjatuhka­n lebih 38,000 makanan sedia dimakan, menurut Perintah Tengah AS.

Kenyataan daripada tentera Jordan pula menyebut pesawat Belgium, Belanda, Mesir dan Perancis turut menyertai operasi tersebut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERSEMANGA­T: Biden menyampaik­an ucapan‘State of the Union’ semasa mesyuarat bersama Kongres di Dewan Utama Capitol AS di Washington, DC kelmarin. Beliau disertai Naib Presiden Kamala Harris dan Speaker Dewan Mike Johnson (belakang).
— Gambar AFP BERSEMANGA­T: Biden menyampaik­an ucapan‘State of the Union’ semasa mesyuarat bersama Kongres di Dewan Utama Capitol AS di Washington, DC kelmarin. Beliau disertai Naib Presiden Kamala Harris dan Speaker Dewan Mike Johnson (belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia