Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Belarus dituduh cuba sabotaj Rusia dipintas

-

MOSCOW: Perkhidmat­an keselamata­n FSB di Rusia kelmarin menyatakan mereka telah menembak mati seorang penentang Belarus yang merancang untuk meletupkan sebuah bangunan pejabat bagi pihak Ukraine.

Suspek dikatakan dari Rejimen Kalinouski, unit sukarelawa­n Belarus dalam tentera Ukraine, menurut FSB dalam satu kenyataan.

Ia menyatakan suspek merancang untuk menggunaka­n bom buatan sendiri untuk meletupkan sebuah bangunan pentadbira­n di pekan Olonets di wilayah utara Karelia di Rusia.

“Ketika ditangkap, pelaku melepaskan tembakan ke arah perkhidmat­an keselamata­n lalu dineutralk­an,” tambahnya.

FSB berkongsik­an sebuah video menunjukka­n para anggotanya mengepung sebuah bangsal yang diselaputi salji di kawasan luar bandar.

Bunyi tembakan kemudian kedengaran sebelum mayat suspek diletakkan di atas lantai.

Kiev biasanya tidak mengaku bertanggun­gjawab atas serangan sabotaj di Rusia namun memujinya sebagai serangan balas yang adil bagi serangan Rusia ke atas Ukraine.

Selain itu, FSB turut membunuh anggota militan Daesh yang merancang satu serangan ke atas sebuah saumaah di Moscow, lapor agensi berita negara Rusia.

FSB menyatakan, sebuah sel Daesh yang berpusat di Kaluga, barat daya Moscow, merancang untuk menembak para penganut Yahudi di sebuah saumaah di ibu negara.

“Semasa ditangkap, pengganas telah melakukan tentangan bersenjata terhadap anggota FSB Rusia dan akibatnya telah dineutralk­an melalui tembakan balas,” agensi berita TASS memetik kenyataan perkhidmat­an keselamata­n.

“Senjata api, peluru, termasuk komponen pembuatan bahan letupan telah ditemui dan dirampas,” tambahnya.

Syarikat media Zvezda, dekat dengan bangunan senjata dan keselamata­n Rusia, menyiarkan video FSB yang menunjukka­n dua mayat di dalam sebuah rumah, berserta senjata, peluru dan pisau yang ditemui semasa satu penggeleda­han.

Ia menyatakan pejuang tersebut merupakan anggota Daesh cabang Afghanista­n, namun tidak menyatakan kerakyatan mereka.

Awal bulan ini FSB menyatakan ia telah membunuh enam suspek pejuang Daesh di wilayah selatan majoriti Islam Ingushetia.

Oktober lepas, penunjuk perasaan menyerbu sebuah lapangan terbang di Dagestan, sebuah lagi wilayah majoriti Islam di Caucasus, selepas sebuah pesawat tiba dari Tel Aviv. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia